Saturday 27 October 2018

SYURGA MAKANAN DELIVERY!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Apa khabar semua? Hari ni semangat sikit nak taip entry sebab banyak perkara..hehehhe..
Alhamdulillah, sales business semakin baik dari sebelum ini. Sebabkan kita dah lama sangat tak aktif business lepas dapat kerja ni. Tapi business akan tetap kita running macam biasa dan akan teruskan tambah stock! Insya Allah...


Bercakap tentang business, kali ini kita nak share dengan korang business adik ipar kita. Alhamdulillah, memang berdesuuuupppp business adik kami seorang ni! Rezeki orang baru kahwin dan dapat anak sulung... Alhamdulillah...

Sebelum ini kita ada share business adik ipar kami juga, dia tokey jual emas! >> Boleh RUJUK entry Jom Follow Pelaburan Orang Kelantan <<

Untuk entry kali ini, kita nak share satu lagi business adik ipar kita ni. Die suami isteri memang rajin! Alhamdulillah... So, sebelum kita taip panjang lebar, jom kita share gambar-gambar yang boleh buat korang semua LLLAAAAAPPPPPAAAARRRR....!!!

FOLLOW tau FB ni..




Nampak tak???

Terliur tak???
So, buat warga KOTA BHARU, PASIR MAS, TENDONG, SALOR, WAKAF CHE YEH.... Ini berita baik buat korang semua...
Kalau tak tahu nak makan apa? Nak beli kat mana? Malas nak keluar atau masak?
Inilah penyelamat korang!!!

Confirm nak repeat order lagi!!!

>> TORTILA
>> SANDWISH
>> COMBO TORTILA + SANDWISH
>> COMBO TORTILA + AYAM POTONG + AYAM CHEESE
>> AYAM POTONG
>> NASI AYAM PENYET
>> AYAM PEDAS CHEESE
dan banyak lagi...

kalau nak ORDER, boleh direct WhatsApp :-
AZLINA SUKERY
013-6420924 

sedap hingga terbawa dalam mimpi gituwww...!!!

Saturday 6 October 2018

Jom follow pelaburan Orang Kelantan!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Cakkkk...tiba-tiba kita muncul kan..heheehee
Entry kali ni kami malas nak share pasal kami. Nak share pasal business salah seorang family kami pula.
Actually, sebenarnya business ni memang business rasmi orang Kelantan! Kalau cakap pasal Kelantan, so benda ni memang sudah biasa...
Siapa cakap orang Kelantan tak berduit??

1stly, kami perkenalkan dulu laman FB adik kami ni. Cantik je gambar wall dia kan...
Jom pakat-pakat LIKE & FOLLOW FB Azlina Sukery






Amacam, berpinar tak mata korang?
So, kepada korang yang suka shopping & kumpul barang kemas ni, boleh direct WhatsApp & INBOX adik kami ni.

Harga yang ditawarkan pula boleh tahan murahnya! Harga emas naik tapi harga jualan yang ditawarkan di paras bawah lagi. Untuk yang nak harga budget pun, di sini lah destinasi korang! 

Ingat..!!!! Emas ni bukan sekadar untuk perhiasan diri je tapi ianya juga salah satu cara pelaburan kita di masa akan datang! Emas untuk di tukar kepada CASH!
Memang tak rugi...

Jangan lupe FOLLOW & LIKE FB 

Jangan korang nak mengorat pula, adik kami ni dah tak available tau. Dah selamat menjadi hak milik orang...

Okeylah, jom kita sama-sama kumpul & berlabur dengan EMAS!!!
Thanks korang semua sudi baca entry kami kali ini. Jangan lupa share tau...

Sunday 19 August 2018

Special Delivery

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Raya Haji dah nak dekat. So sebelum start busy dengan Raya Haji, kita update Blog sekejap! Lama tak update Blog ni. Semakin hari semakin pendek masa tu...
Pada bulan Julai 2018 yang lepas, husband kita outstation ke Taiping lebih kurang 2 minggu!! 2 minggu tu uolllssss...!!! Menggila duduk rumah sorang-sorang sebab takde teman gaduh, teman buli..

So, untuk tahun ni kononnya kita nak sweet-sweet la skit dengan en.husband. 2 minggu survey pasal Special Delivery area Taiping... Last-last, jumpalah seorang ni di IG kupu_kupu96


1st time kita apply Surprise Delivery ni so kita agak gugup juga lah nak tunggu jam 10 pagi sebabnya memang arrange dengan kupu_kupu96 untuk hantar kepada en.husband jam 10 pagi tu sebelum acara penutupan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar!!
Kita pun rasa senang hati sangat sepanjang berurusan dengan kupu_kupu96




Cantik kan?
Lepas dapat je bouquet of forero ni, En. Husband terus whatsApp. Biar kita je tahu apa isi kandungan whatsApp tu ek...heheehehhe
Rasa lega & bangga bila dapat hadiahkan somethings yang En.Husband sendiri tak jangka. Sebabnya kita ni memang tak tau sangat macam mana nak buat surprise! Selalu kantoi kalau plan nak buat surprise...


Ini antara bouquet hasil tangan kupu_kupu96
Korang boleh FOLLOW & LIKE Instagram die. Nak gunakan service dia pun boleh. Memang dia sangat-sangat peramah dan boleh di bawa berbincang. 
Semuanya bergantung kepada budget dan demand korang semua.
Sambil itu kita support business anak melayu kita..!!!

Okeylah, setakat ini sahaja  entry kita hari ni. Terima kasih semua sudi singgah di Blog kita. Jangan lupa tinggalkan komen korang semua...

Saturday 21 July 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Alhamdulillah, dapat update Blog lagi kali ini. Busy giler sejak dari awal Ramadhan lagi. Habis sahaja Ramadhan, masuk pula Syawal, kami busy lagi. Busy dengan jemputan ke open house dan preparation untuk ke Kursus. Tapi bukan rezeki kami pada tahun ini, open house untuk sambutan Syawal anjuran office tak dapat kami join. 

Memang agak sedih jugalah sebab tak merasa lagi join rumah terbuka anjuran HQ di hotel mewah tu. Setakat bekerja 3 tahun ni, belum lagi merasa. Apakan daya, kami ni budak baru... Rumah terbuka anjuran pusat operasi pun kami tak berpeluang join sebab pada masa yang sama kami di hantar kursus jauh dari Perak... Kata kau!!! hehehehe... Nanti next entry kita share tau...

Namun,kami percayakan ungkapan "kalau dah rezeki, tak kemana..". Alhamdulillah, kami mendapat jemputan untuk hadir ke Rumah Terbuka Telekom Malaysia Teluk Intan! Menag excited sangat!!! En. Husband kita dah inform awal 2 minggu tau... Sebabnya dia nak bagitahu yang sepanjang 2 minggu sebelum majlis dia akan balik rumah lewat sikit sebab sibuk dengan perancangan & persiapan untuk majlis itu nanti...

Kami pun memang dah prepare awal-awal lagi. Almaklumlah, tak dapat join majlis anjuran company sendiri berkhidmat, dapat tumpang company suami bekerja pun jadilah! hehehehe
Jom kami nak share antara gambar-gambar yang berjaya kami ambik sebelum majlis bermula...



Tempat yang paling popular sepanjang majlis! Berebut tetamu nak bergambar. 





1st time datang jamuan Hari Raya dan ada WAYANG PACAK!!!!Memang rare betoi... Seronok budak-budak layan wayang pacak ni... Mak Ayah boleh layan makan dan layan majlis berlangsung..


Kami suka tengok bila En. Suami seronok uruskan event ni. Die memang suka sangat kerja-kerja belakang tabir ni. Hilang stress die...hehehehe...

Kami nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kepada pihak Telekom Malaysia Teluk Intan kerana menganjurkan majlis yang penuh gemilang dan cantik serta menyediakan makanan yang super awesome! Memang kenyang sempai keesokkannya... Betul!

Semoga murah rezeki semuanya... Amin...

Rasa tak sabar pulak nak tunggu Ramadhan tahun depan... Rindu pada Ramadhan!

Saturday 19 May 2018

Jalan-Jalan Cameron Highland

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera... 

Tempoh hari kita lepak-lepak di Cameron Highland dengan suami dan family. Dalam banyak-banyak benda di Tanah Rata tu, kita paling suka tengok tanaman bunga,  sayur, buah & lanskap mereka... Cantik giler walaupun simple! 
Tiap kali naik Cameron, dalam kepala ni plan macam-macam... Walaupun sebenarnya takde daya & budget untuk buat semua tu. Tapi plan tu dah macam confirm-confirm je menjadi... Hehhehehehe.. 






Amacam? Cantik tak? Ini bukan gambar kita edit tau. Tambah lighting ke, tambah warna bagi cantik ke... Takde! Kita just label kan BLOG MYNEWBLOGGER je tau... Just guna telefon ZTE je ni... Memang cantik sangat! Kuasa Allah s.w.t... 
Bila tengok je semua tu rasa nikmatnya hidup di Bumi Allah s.w.t ni. Tapi dalam sedar tak sedar, keindahan & nikmat tu slow-slow kita toreh. Betul tak? 
Tapi siapalah kita untuk bangkit kan hal ni. Maybe orang baca tapi tak ambik kisah pun... Adat dunia kan... 
So, untuk menolong bumi ni menghijau, supaya hidup kita ni bukan semata-mata mengadap dinding batu dengan tanaman plastik je, kita pun laburlah sedikit duit beli mana yang mampu & sempat dijamah mata kita. 





Kaktus ni kita beli RM11.00/6 pasu. Ada juga yang jual RM 10.00/6 pasu tapi kecik sangat. Yang ni mengembang sikit, gemuk sikit. Standing pasu tu RM 18.00, untuk 7 slot pasu... Maknanya nanti ada peluang la naik Cameron Highland lagi sebab tak cukup 1 pasu lagi... Hehhehehe... 
Terima kasih lah En. Suami sebab tolong belikan. Akhirnya impian menjadi realiti! Chewahhhh!!! 

Kalau korang perasan, takde 1 pun gambar kami berdua dalam entry kali ni. Kata pergi bercuti kan?? Sebabnya bila nampak lanskap & pokok-pokok tu, memang terus lupe nak ambik gambar sendiri... Sabor jelah... Nampak gayanya kena apply seorang jurugambar la setiap kali kami pergi bercuti.. Ala-ala ceq ta gituwww!! 

Oklah, terima kasih kepada semua yang sudi baca entry kita kali ini. 
Sampai kita berjumpa lagi di entry akan datang...
Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka semua..

Thursday 17 May 2018

Salam Ramadhan 1439H

Assalamualaikum & Salam Sejahtera... 


Kami dari Team MyNewBlogger dengan rendah hati memohon maaf atas segala kesilapan keterlanjuran kata2 dan perbuatan kepada semua  dan juga mengambil kesempatan ini mengucapkan :
*SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA RAMADHAN 1439 H* 

 ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِينَ آمَÙ†ُوا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ الصِّÙŠَامُ ÙƒَÙ…َا 
Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙ‰ الَّØ°ِينَ Ù…ِÙ†ْ Ù‚َبْÙ„ِÙƒُÙ…ْ Ù„َعَÙ„َّÙƒُÙ…ْ تَتَّÙ‚

*MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN*

تَÙ‚َبَّÙ„َ اللّÙ‡ُ Ù…ِÙ†َا Ùˆَ Ù…ِÙ†ْÙƒُÙ…ْ صِياَÙ…َÙ†َا Ùˆَ صِÙŠَامَÙƒُÙ…ْ ÙƒُÙ„ُّ عَامٍ Ùˆَ Ø£َÙ†ْتُÙ…ْ بِØ®َÙŠْرٍ

Ikhlas dari : E & E


Monday 14 May 2018

Sambutan Happy MOTHER'S Day 2018

Lembut wanita kerana senyumanya....
Cekal wanita kerana beraninya....
Patuh wanita kerana kesetiaanya....
Sabar wanita kerana imannya....
Kasih wanita kerana belaiannya....
Lemah wanita kerana airmatanya.....
Ikhlas wanita kerana simpatinya......
Pendam wanita kerana cemburunya.....
Sayang wanita kerana sifat keibuannya...
Semoga wanita tetap tabah mengharungi cabaran hidup ini...disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat kehebatan seorang wanita...    .
HAPPY MOTHER'S DAY untuk semua wanita!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera... 
Rasanya kami belum terlambat lagi untuk ucapkan Happy MOTHER'S Day kepada semua wanita. Semoga wanita di dunia ini sentiasa di hormati & dilindungi... Ameeennn... 
Apa program korang sepanjang cuti panjang sempena PRU14? Alhamdulillah, tahun ni kami berpeluang sambung Mother's Day bersama-sama Emak & Ibu. Kebetulan semasa PRU14 tu kami dah ada di Bumi Kelantan, so sebelum balik ke Perak, sambut dulu in advance Mother's Day! 





Ni masa moment sambutan Mother's Day di bumi Kelantan. Kebetulan ambil bas malam so setiap detik waktu yang ada tu kami manfaat kan bersama-sama keluarga!  Bukan senang dapat berkumpul. Cuma adik bongsu perempuan & bongsu lelaki tak dapat join sebab tak dapat balik! 
Takpe, nanti kita plan balik ek... 





Ini pula masa sambutan Mother's Day di sebelah keluarga Perak. Alhamdulillah, gerak jauh sikit mendaki Tanah Tinggi Cameron. 1st day tu hujan... Insya Allah, nanti kita cerita panjang di next entry tau! 
Insya Allah, satu hari nanti kita nak plan family day + holiday bersama-sama keluarga di Kelantan. Almaklumlah, kami 8 beradik. Ada yang sudah berkeluarga. Ada yang masih belajar serta bekerja luar dari Kelantan. So ambik masa sikit untuk dapat berkumpul. Insya Allah, satu hari nanti... 

Orait... HAPPY MOTHER'S DAY kepada semua wanita... 
Terima kasih sudi baca entry kita kali ini.. 

Thursday 10 May 2018

BURUK/CANTIK

Assalamualaikum & Salam Sejahtera... 

Kali ni kami update Blog jauh dari perantauan... Chewahhhh!! !Tapi still dalam semenanjung Malaysia ek... Hehehhehe... 

1stly, kami nak ucapkan SELAMAT MENGUNDI pada semua Rakyat Malaysia... Jom jalankan tanggungjawab & hak kita bersama. Siapa yang korang undi tu, itu hanya korang sahaja yang tahu (walaupun ada pihak-pihak yang terang-terangan annouce die undi siapa... Lantak lah!!)... 

Actually,  entry kali ni kami nak share dengan korang tentang 1 rancangan yang kebelakangan ni kami kerap jenguk! Enjoy gak la video ni. Isu-isu semasa, isu mengarut pun ada. Tapi memang terbaik!!! Kami terhibur kot... 



Ini antara episod dalam video tu.. Korang search je BURUK/CANTIK, memang berlambak episod ada. Inilah penghibur hati kami masa tunggu en.suami datang ambik dalam masa 1jam 30minit! 



Episod yang atas ni pun best!! Memang lawak giler... Pengacara dieorg pun boleh tahan gak ayat nya... Hehehhehe... Memang kami respect la... 

KOrang bolehlah layan video-video dieorang ni. Memang TERBAIK!!!!
Kami bagi 5 bintang!!!!!

Thursday 3 May 2018

Selamat MENGUNDI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Korang semua busy ke? Almaklumlah sekarang kan tengah musim perang untuk mengundi! Yang balik untuk mengundi di laman kampung sudah beli tiket ke belum?

Kami dah siap-siap beli tiket balik Kelantan dah... Alhamdulillah, dapat tiket. Biarpun kami budget nak naik bas malam tapi boleh pulak tak sampai 24jam tiket bas ke Kelantan SOLD OUT!!! Nak naik flight memang tak lahhh.... Kami tak berapa gemar sangat naik flight. Lagipun dari Ipoh nak ke KLIA memang makan masa lama gak, berpetak punggung ni!!!!


Anyway, kami di sini dengan besar hatinya mengucapkan SELAMAT MENGUNDI & MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA!!!

Ingat... Undian kita ini adalah penentu masa depan untuk kita, keluarga, generasi, agama serta negara kita!!! Jangan kerana kita terikut-ikut dengan orang lain, terlalu kejar benda yang belum pasti, membuatkan kita memilih menggunakan emosi!

Jagalah tingkah laku kita, etika kita... 

Selamat Mengundi semua...
Semoga kita semua di lindungi, diberkati serta dipermudahkan segalanya...
Pertahankan hak kita... Jangan sampai terlepas di tangan orang lain... Ini bumi kita, tanah kita...


Saturday 21 April 2018

D' Marmalade Cafe Ipoh

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Dah lama kita tak update tentang review tempat makan menarik ni. Sebenarnya dah banyak tempat kita singgah & banyak tempat juga menjadi pilihan hati kita tapi langsung tak ingat nak ambik gambar! Dah habis makan, kenyang perut, masuk kereta & dah sampai rumah, barulah teringat pasal semua tu...
Sowwiiii.....

1stly kita share gambar sikit!

D'MARMALADE CAFE IPOH

ALAMAT :
No. 2, Jalan Greentown 3,
Greentown Nova,
30450 Ipoh, Perak


Cafe ni memang santai. Korang boleh pilih nak duduk di tempat fresh-air ke atau ber air-cond! Buatlah pilihan korang sendiri. Tapi setakat ini, kami suami isteri memang pilih tempat fresh-air sebab rasa lebih seronok!

Makanan setakat ni memang superb! Favorite kami adalah nasi putih + asam pedas & nasi goreng! Siapa yang lapar tahap gaban, memang ini tempat pilihan terbaik! Memang sampai kenyang giler korang... 

Bagi yang smoking tu, boleh pilih tempat duduk di luar cafe. Memang pihak D'Marmalade Cafe dah sediakan dengan selesanya untuk korang menikmati asap rokok tu tanpa melibatkan orang lain. 

 ni air MESTI ORDER En.Suami kita..



Dah pernah try, memang best, pedas & kenyang!



 En. Suami dah TRY! Rugi tak order tau..

Ni memang BEST! Portion banyak & kami share berdua...Kenyang!!

Portion untuk satu-satu menu memang memuaskan! Kalau korang jenis perut kecik macam kita ni, memang kena cari partner kongsi la... Nasib baik lah En. Suami jenis yang melayan je permintaan isteri...hehehehehe...

So, sesiapa yang singgah di Ipoh Perak, boleh lock D'MARMALADE CAFE ni. Singgah & nikmati masa-masa indah waktu makan korang...
Selamat Mencuba...

D'MARMALADE CAFE IPOH

ALAMAT :
No. 2, Jalan Greentown 3,
Greentown Nova,
30450 Ipoh, Perak

Monday 2 April 2018

Cara terbaik UPGRADE SAVING & INVESTMENT!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Apa khabar sahabat semua? Sebelum ni kita ada update tentang ada seorang hamba Allah s.w.t ni yang kerap kali keluarkan statement yang membuatkan kita serabut untuk dengar.  So, hari ni kita decide untuk share dengan korang salah satu cara kita buat SAVING dan INVESTMENT yang tidak menyusahkan serta membebankan belanjawan bulanan kita... Insya Allah... Manalah tahu apa yang kita share ni boleh bantu korang semua juga seperti mana ianya membantu kami...

Kalau korang nak buat SAVING ataupun INVESTMENT, korang wajib pastikan personal in charge korang tu betul-betul boleh di harapkan untuk consult korang, update apa-apa yang terkini & sentiasa ringan mulut untuk bertanya khabar... Dan rezeki kita bila berjumpa dengan EN. MARWAN FIKRI BIN MUSTAFAR ni... 

Cukup berpengetahuan dalam upgrade SAVING & INVESTMENT korang.  Memang cukup menitik berat kan setiap client nya... Dan 1 lagi perkara penting, En. Marwan Fikri Bin Mustafar ni bukan jenis memaksa ataupun menekan diri korang untuk berurusan dengannya. Nak jumpa & dengar dulu pun boleh... 



Untuk pengetahuan korang, kami suami isteri 200% telah menggunakan khidmat beliau untuk SAVING & INVESTMENT demi masa depan kami. Almaklumlah, masa depan kita tak mampu meramal kan... Sebenarnya ada pelbagai cara, tapi kami memilih untuk menggunakan 2 cara. Iaitu suami kita memilih cara KWSP (Akaun 1)... Manakala kita pula memilih cara CASH! Alhamdulillah, hingga kini langsung tidak mengganggu duit poket bulanan kami..

Mesti korang pening kan, camne pulak nak upgrade SAVING & INVESTMENT menggunakan Akaun 1 KWSP? Bukan ke kita tak boleh usik duit itu selagi umur belum sampai 55 tahun ke atas... Nak tahu kan? Terus je contact :-

En. MARWAN FIKRI BIN MUSTAFAR
TELEFON/WHATSAPP : 013-270 4243
EMAIL : marwanfikri86@gmail.com
Facebook : Marwan Fikri

Kalau korang nak adakan talk berkaitan dengan SAVING & INVESTMENT ini di company korang pun boleh direct contact beliau. Dengan lapang dadanya beliau dan team akan terima. Team mereka memang sangat berpengalaman. Apa kemusykilan korang boleh direct tanya.

Erm..kita nak pesan sesuatu sebelum entry kali ni kita tutup. Korang jangan pula email/whatsApp kita pula tanya pasal saving & investment thru CWA ni. KIta hanya share apa perkara terbaik kita dah dapat melalui CWA ni & siapa person in charge terhebat kita ni. Kalau nak tahu lebih detail demi simpanan masa tua korang, boleh terus contact :-


En. MARWAN FIKRI BIN MUSTAFAR
TELEFON/WHATSAPP : 013-270 4243
EMAIL : marwanfikri86@gmail.com
Facebook : Marwan Fikri