Saturday 19 May 2018

Jalan-Jalan Cameron Highland

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera... 

Tempoh hari kita lepak-lepak di Cameron Highland dengan suami dan family. Dalam banyak-banyak benda di Tanah Rata tu, kita paling suka tengok tanaman bunga,  sayur, buah & lanskap mereka... Cantik giler walaupun simple! 
Tiap kali naik Cameron, dalam kepala ni plan macam-macam... Walaupun sebenarnya takde daya & budget untuk buat semua tu. Tapi plan tu dah macam confirm-confirm je menjadi... Hehhehehehe.. 






Amacam? Cantik tak? Ini bukan gambar kita edit tau. Tambah lighting ke, tambah warna bagi cantik ke... Takde! Kita just label kan BLOG MYNEWBLOGGER je tau... Just guna telefon ZTE je ni... Memang cantik sangat! Kuasa Allah s.w.t... 
Bila tengok je semua tu rasa nikmatnya hidup di Bumi Allah s.w.t ni. Tapi dalam sedar tak sedar, keindahan & nikmat tu slow-slow kita toreh. Betul tak? 
Tapi siapalah kita untuk bangkit kan hal ni. Maybe orang baca tapi tak ambik kisah pun... Adat dunia kan... 
So, untuk menolong bumi ni menghijau, supaya hidup kita ni bukan semata-mata mengadap dinding batu dengan tanaman plastik je, kita pun laburlah sedikit duit beli mana yang mampu & sempat dijamah mata kita. 





Kaktus ni kita beli RM11.00/6 pasu. Ada juga yang jual RM 10.00/6 pasu tapi kecik sangat. Yang ni mengembang sikit, gemuk sikit. Standing pasu tu RM 18.00, untuk 7 slot pasu... Maknanya nanti ada peluang la naik Cameron Highland lagi sebab tak cukup 1 pasu lagi... Hehhehehe... 
Terima kasih lah En. Suami sebab tolong belikan. Akhirnya impian menjadi realiti! Chewahhhh!!! 

Kalau korang perasan, takde 1 pun gambar kami berdua dalam entry kali ni. Kata pergi bercuti kan?? Sebabnya bila nampak lanskap & pokok-pokok tu, memang terus lupe nak ambik gambar sendiri... Sabor jelah... Nampak gayanya kena apply seorang jurugambar la setiap kali kami pergi bercuti.. Ala-ala ceq ta gituwww!! 

Oklah, terima kasih kepada semua yang sudi baca entry kita kali ini. 
Sampai kita berjumpa lagi di entry akan datang...
Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka semua..

Thursday 17 May 2018

Salam Ramadhan 1439H

Assalamualaikum & Salam Sejahtera... 


Kami dari Team MyNewBlogger dengan rendah hati memohon maaf atas segala kesilapan keterlanjuran kata2 dan perbuatan kepada semua  dan juga mengambil kesempatan ini mengucapkan :
*SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA RAMADHAN 1439 H* 

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا 
كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّق

*MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN*

تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَا وَ مِنْكُمْ صِياَمَنَا وَ صِيَامَكُمْ كُلُّ عَامٍ وَ أَنْتُمْ بِخَيْرٍ

Ikhlas dari : E & E


Monday 14 May 2018

Sambutan Happy MOTHER'S Day 2018

Lembut wanita kerana senyumanya....
Cekal wanita kerana beraninya....
Patuh wanita kerana kesetiaanya....
Sabar wanita kerana imannya....
Kasih wanita kerana belaiannya....
Lemah wanita kerana airmatanya.....
Ikhlas wanita kerana simpatinya......
Pendam wanita kerana cemburunya.....
Sayang wanita kerana sifat keibuannya...
Semoga wanita tetap tabah mengharungi cabaran hidup ini...disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat kehebatan seorang wanita...    .
HAPPY MOTHER'S DAY untuk semua wanita!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera... 
Rasanya kami belum terlambat lagi untuk ucapkan Happy MOTHER'S Day kepada semua wanita. Semoga wanita di dunia ini sentiasa di hormati & dilindungi... Ameeennn... 
Apa program korang sepanjang cuti panjang sempena PRU14? Alhamdulillah, tahun ni kami berpeluang sambung Mother's Day bersama-sama Emak & Ibu. Kebetulan semasa PRU14 tu kami dah ada di Bumi Kelantan, so sebelum balik ke Perak, sambut dulu in advance Mother's Day! 





Ni masa moment sambutan Mother's Day di bumi Kelantan. Kebetulan ambil bas malam so setiap detik waktu yang ada tu kami manfaat kan bersama-sama keluarga!  Bukan senang dapat berkumpul. Cuma adik bongsu perempuan & bongsu lelaki tak dapat join sebab tak dapat balik! 
Takpe, nanti kita plan balik ek... 





Ini pula masa sambutan Mother's Day di sebelah keluarga Perak. Alhamdulillah, gerak jauh sikit mendaki Tanah Tinggi Cameron. 1st day tu hujan... Insya Allah, nanti kita cerita panjang di next entry tau! 
Insya Allah, satu hari nanti kita nak plan family day + holiday bersama-sama keluarga di Kelantan. Almaklumlah, kami 8 beradik. Ada yang sudah berkeluarga. Ada yang masih belajar serta bekerja luar dari Kelantan. So ambik masa sikit untuk dapat berkumpul. Insya Allah, satu hari nanti... 

Orait... HAPPY MOTHER'S DAY kepada semua wanita... 
Terima kasih sudi baca entry kita kali ini.. 

Thursday 10 May 2018

BURUK/CANTIK

Assalamualaikum & Salam Sejahtera... 

Kali ni kami update Blog jauh dari perantauan... Chewahhhh!! !Tapi still dalam semenanjung Malaysia ek... Hehehhehe... 

1stly, kami nak ucapkan SELAMAT MENGUNDI pada semua Rakyat Malaysia... Jom jalankan tanggungjawab & hak kita bersama. Siapa yang korang undi tu, itu hanya korang sahaja yang tahu (walaupun ada pihak-pihak yang terang-terangan annouce die undi siapa... Lantak lah!!)... 

Actually,  entry kali ni kami nak share dengan korang tentang 1 rancangan yang kebelakangan ni kami kerap jenguk! Enjoy gak la video ni. Isu-isu semasa, isu mengarut pun ada. Tapi memang terbaik!!! Kami terhibur kot... 



Ini antara episod dalam video tu.. Korang search je BURUK/CANTIK, memang berlambak episod ada. Inilah penghibur hati kami masa tunggu en.suami datang ambik dalam masa 1jam 30minit! 



Episod yang atas ni pun best!! Memang lawak giler... Pengacara dieorg pun boleh tahan gak ayat nya... Hehehhehe... Memang kami respect la... 

KOrang bolehlah layan video-video dieorang ni. Memang TERBAIK!!!!
Kami bagi 5 bintang!!!!!

Thursday 3 May 2018

Selamat MENGUNDI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Korang semua busy ke? Almaklumlah sekarang kan tengah musim perang untuk mengundi! Yang balik untuk mengundi di laman kampung sudah beli tiket ke belum?

Kami dah siap-siap beli tiket balik Kelantan dah... Alhamdulillah, dapat tiket. Biarpun kami budget nak naik bas malam tapi boleh pulak tak sampai 24jam tiket bas ke Kelantan SOLD OUT!!! Nak naik flight memang tak lahhh.... Kami tak berapa gemar sangat naik flight. Lagipun dari Ipoh nak ke KLIA memang makan masa lama gak, berpetak punggung ni!!!!


Anyway, kami di sini dengan besar hatinya mengucapkan SELAMAT MENGUNDI & MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA!!!

Ingat... Undian kita ini adalah penentu masa depan untuk kita, keluarga, generasi, agama serta negara kita!!! Jangan kerana kita terikut-ikut dengan orang lain, terlalu kejar benda yang belum pasti, membuatkan kita memilih menggunakan emosi!

Jagalah tingkah laku kita, etika kita... 

Selamat Mengundi semua...
Semoga kita semua di lindungi, diberkati serta dipermudahkan segalanya...
Pertahankan hak kita... Jangan sampai terlepas di tangan orang lain... Ini bumi kita, tanah kita...