Tuesday 22 February 2022

TTC Journey : Suppliment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera... 

Alhamdulillah, kita mendapat feedback yang baik dari pembaca blog kita. Maybe mereka juga TTC macam kami ataupun IVF Fighter macam kami juga... Untuk entry kali ini, kita nak share tentang suppliment yang kami consume sepanjang 1st day kami decide untuk buat IVF! 

Suppliment ini semuanya atas nasihat doktor tau. Bukan kami suka-suka makan, sebab pendapat orang ke, apa ke..! Doktor cakap consume suppliment itu ini dengan dos itu ini... Terus kami cari. 

SUPPLIMENT BAKAL EMAK.

CoQ10 Ubiquinol 100mg Softgel. 

Bio-Life Omega-3 Fish Oil 1000mg

Blackmores Vitamin D3 1000IU

Vitamin C (Klinik Primer Cherang)

Folic Acid 5mg



SUPPLIMENT BAKAL ABI.

CoQ10 Ubiquinol 100mg Softgel 

Vitamin C (Klinik Primer Cherang)

Bio-Selenium Plus


Suppliment ni ada yang kami beli online kat Shoppe, ada yang kami beli direct dari klinik (Vit C) dan ada kami beli direct di Watsons. Kalau beli online kat Shoppe pun, kami beli dari farmasi yang betul-betul farmasi. Risau kalau terbeli yang ntah apa-apa kan...

Memang sepanjang rawatan kami sentiasa amalkan suppliment ni hinggalah sampai satu tahap doktor cakap suppliment sekian-sekian dah boleh stop! Apa yang penting, korang kena rajin bertanya pada doktor korang...

Oklah, insyaAllah next entry kita akan share kat korang pengalaman kita buat rawatan IVF... Kita try throwback balik... Harapnya kita ingat la sume kisah... Hehehehehehe... InsyaAllah...

Orait, jumpa lagi dalam next entry...

Terima kasih sudi baca & komen di blog kita... 

Sunday 20 February 2022

Cantiknya Taman D.R. Seenivasagam.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera... 

Apa pula kita nak share kali ni ye?? Alhamdulillah, bulan ni banyak sikit tempat kita singgah yang boleh kita share dalam Blog ni.
Untuk entry kali ni, kita nak share satu tempat yang nampak macam biasa je tapi sebenarnya luar biasa. Siap boleh buat salah satu lokasi untuk outdoor potret tau!

Cantik kan view tu? Ni just ambik gambar guna telefon pintar HUAWEI NOVA 3i je. Bayangkan kalau guna jurugambar profesional, bertambah-tambah drama la gambar-gambar korang!




Sebenarnya en.suami buat klinik ragbi di taman ni. So kita pun nak join sekali untuk jalan-jalan, pusing-pusing dan exercise sikit di taman tu. Siap bawak basikal lagi tau... Si bumblebee kuning tu... Hehehehehehe...

Lastly, kita pusing taman tu je sambil jalan. Pastu tengok en.suami training ragbi dengan budak-budak dia. Sempat juga la kita pusing taman jepun yang ada dalam tu. Taman dalam taman gituwwww...






Cantik kan? Kalau kita tahu wujudlah tempat ni, memang time kahwin dulu ajak suami bergambar di sini. Sweet giler...

Orang ipoh biasalah datang sini kan? Antara tempat popular untuk exercise pagi dan petang. Bawak anak-anak dan family riadah... Korang google je Taman D.R. Seenivasagam, Ipoh. Confirm terus keluar maps tu.

Semoga perkongsian kita ni memberi manfaat & memberi gambaran bahawa di Malaysia pun masih banyak tempat-tempat menarik yang belum kita teroka...

Terima kasih kepada korang semua kerana sudi SINGGAH + BACA ENTRY + LIKE + SHARE + KOMEN di blog kita ni...

Friday 18 February 2022

TTC Journey - Alergic ubat guysss!!!

 (03 Julai 2020)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, kita dah settle kes operation buang polips dan laparscopic! Kami tidak terus balik tetapi singgah kedai makan bersama adik kami yang tinggal di Selangor. Ubat bius dah start habis dan tempat operation dah mula meninggalkan tanda-tanda sakitnya. Tapi yang paling kita tak tahan bukannya sakit dari kesan operation tu tetapi timbul isu baru. Ada tompok-tompok merah dan biji-biji kecik di belakang badan kita! Memang rasa sangat tidak selesa terutama kalau kita berpeluh. Kita siap minta suami belikan bedak untuk disapu ke tempat gatal-gatal.

Untuk hilangkan stress dengan rasa gatal-gatal dan pedih tu, kita paksa diri tidur. Suami kita memang tak senang duduk la. Almaklumlah, menanggung sakit sebab baru lepas operation then menanggung gatal-gatal tu pula. Tompokan merah semakin menimbul. Lastly suami ambik gambar tempat tompokan tu dan email kepada Doktor Norazlin. Kami terus balik ke Kampar, Perak.

Sepanjang perjalanan tu suami kita memang drive slow sebab kualiti jalan di Malaysia ni tak berapa ok kan... So hentakan tu membuatkan kita rasa ngilu-ngilu kat tempat kena operation tu. Ubat yang doktor bagi kita makan macam biasa tapi gatal-gatal tu agak luar biasa ye tuan puan!!! Memang memeritkan... Kita dah stress lain macam... Then sampai je Pekan Kampar, kami decide untuk ke Poliklinik Azhar.

Doktor Poliklinik Azhar tengok je tempat tompokan merah dan gatal tu. Die cakap macam alergic ubat tapi macam pelik pun ada sebab sepatutnya alergic ubat akan ada tompokan merata diseluruh badan tetapi kita kena hanya dibahagian belakang badan tempat tertentu sahaja. Maybe tempat lapik katil hospital ataupun kulit kita tak boleh matching dengan lapik yang hospital sediakan! Maybe lah... Tapi doktor tetap bagi ubat makan dan sapu!

Sampai dirumah, baru dapat email balas dari Doktor Norazlin. Doktor cakap maybe alergic ubat so stop makan dua-dua ubat yang hospital bekalkan. Kami ambik gambar ubat yang kami terima dari Poliklinik Azhar dan Doktor Norazlin benarkan kita makan ubat tu. Alhamdulillah, lega sikit...

Lama juga menanggung gatal-gatal tu tapi takdelah sampai 1 bulan. Cumanya meninggalkan parut sampai sekarang la... Tapi kita rasa kita bukannya alergic ubat tapi kita alergic pada tempat lapik kapas katil hospital tu. Yang penting sekarang semuanya dah settle! Adalah pengalaman kita. 1st time merasa kena operate, merasa masuk bilik bedah, merasa kena bius... Sampai sekarang masih jelas dalam ingatan ni...

Chewaaahhhhh...

Thursday 17 February 2022

TTC Journey : SOPHEA FERTILITY CENTRE

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Apa khabar semua? Berjumpa lagi kita dalam entry kali ini. Kita dapat banyak mesej tanya pasal Sophea Fertility Centre. Mana tempatnya? Macam mana nak hubungi? Macam mana nak start rawatan di sana? Macam mana nak buat appointment? Bila kita check balik, rupa-rupanya kita langsung takde perkenalkan pasal Sophea Fertility Centre ni. Oppssss... boleh pulak ter skip kan!!! Padahal inilah tempat master mind nyer...

SOPHEA FERTILITY CENTRE
ALAMAT :
106, Jalan Gasing, Seksyen 5,
46000 Petaling Jaya,
Selangor.
Tel No. : 03-7622 8622
Careline : 016-739 5006
Email : info@sopheafertility.com
Website : https://www.sopheafertility.com/
Facebook : https://www.facebook.com/sopheafertility/

Waktu Operasi :
Isnin - Jumaat : 7.30am - 5.00pm
Sabtu : 7.30am - 1.00pm
Ahad & Cuti Umum : TUTUP


Moga perkongsian kami ini dapat memberi serba sedikit manfaat kepada korang semua.