Showing posts with label Deco - Deco. Show all posts
Showing posts with label Deco - Deco. Show all posts

Saturday, 21 July 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Alhamdulillah, dapat update Blog lagi kali ini. Busy giler sejak dari awal Ramadhan lagi. Habis sahaja Ramadhan, masuk pula Syawal, kami busy lagi. Busy dengan jemputan ke open house dan preparation untuk ke Kursus. Tapi bukan rezeki kami pada tahun ini, open house untuk sambutan Syawal anjuran office tak dapat kami join. 

Memang agak sedih jugalah sebab tak merasa lagi join rumah terbuka anjuran HQ di hotel mewah tu. Setakat bekerja 3 tahun ni, belum lagi merasa. Apakan daya, kami ni budak baru... Rumah terbuka anjuran pusat operasi pun kami tak berpeluang join sebab pada masa yang sama kami di hantar kursus jauh dari Perak... Kata kau!!! hehehehe... Nanti next entry kita share tau...

Namun,kami percayakan ungkapan "kalau dah rezeki, tak kemana..". Alhamdulillah, kami mendapat jemputan untuk hadir ke Rumah Terbuka Telekom Malaysia Teluk Intan! Menag excited sangat!!! En. Husband kita dah inform awal 2 minggu tau... Sebabnya dia nak bagitahu yang sepanjang 2 minggu sebelum majlis dia akan balik rumah lewat sikit sebab sibuk dengan perancangan & persiapan untuk majlis itu nanti...

Kami pun memang dah prepare awal-awal lagi. Almaklumlah, tak dapat join majlis anjuran company sendiri berkhidmat, dapat tumpang company suami bekerja pun jadilah! hehehehe
Jom kami nak share antara gambar-gambar yang berjaya kami ambik sebelum majlis bermula...



Tempat yang paling popular sepanjang majlis! Berebut tetamu nak bergambar. 





1st time datang jamuan Hari Raya dan ada WAYANG PACAK!!!!Memang rare betoi... Seronok budak-budak layan wayang pacak ni... Mak Ayah boleh layan makan dan layan majlis berlangsung..


Kami suka tengok bila En. Suami seronok uruskan event ni. Die memang suka sangat kerja-kerja belakang tabir ni. Hilang stress die...hehehehe...

Kami nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kepada pihak Telekom Malaysia Teluk Intan kerana menganjurkan majlis yang penuh gemilang dan cantik serta menyediakan makanan yang super awesome! Memang kenyang sempai keesokkannya... Betul!

Semoga murah rezeki semuanya... Amin...

Rasa tak sabar pulak nak tunggu Ramadhan tahun depan... Rindu pada Ramadhan!

Saturday, 27 February 2016

Deco Almari TV

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Apa khabar semua?? Kebelakangan ni kita rasa macam rajin sangat nak search berkaitan dengan deco-deco ni. Tak tahu lah kenapa! Nak kata nanti akan pindah rumah baru, setakat ni takde lagi... Insya Allah next time ada rezeki lebih. 
Hari ni kita nak share dengan korang semua berkaitan dengan Deco Almari TV... Kadang-kadang kita pakai letak je kan.. Ni ada sedikit tips & idea untuk korang juga...














Cantik juga kan? Kalau korang nak buat DIY pun okey sebenarnya. Just follow susunan gambar yang korang suka je..
Kita just letakkan TV atas meja kaca je. Tak pun gantungkan kat dinding. Insya Allah satu masa nanti ada ruang & peluang, pasti kami deco-deco macam ni juga!!!

Okeylah, just nak share itu je. Terima kasih kepada korang sebab sudi singgah & baca entry kita pada kali ini.
Pada yang still tak follow Blog kita ni, di jemput FOLLOW tau. Insya Allah kita akan follow back!! Tiap kali korang update entry, kita akan komen & Blogwalking...

Friday, 5 February 2016

Idea D.I.Y yang menarik!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, semakin bertambah followers Blog kita ni. Komen yang di terima pun semakin bertambah. Terima kasih kepada semua Blogger yang BlogWalking ke Blog kita ni. Insya Allah kita akan kembali BlogWalking ke Blog korang pula...

Kita saja-saja google search hen tiba-tiba ternampak baranga D.I.Y ni. Memang kreatif betul orang yang buat D.I.Y ni, kita pun kadang-kadang tak terfikir pun idea macam tu. Kita taknah ngomel panjang, just nak share antara gambar-gambar D.I.Y yang berjaya menambat hati kita je...























Memang giler kentang la kan!!! Cantik kot...
Ada 2,3 items yang kita memang berkenan sangat. Insya Allah esok lusa ataupun ada masa terluang nanti, boleh start bertukang sekejap. Asyik beli barang siap je, sekali sekala nak juga barang-barang D.I.Y

Orait, itu sahaja yang dapat kita share kali ni. 
Terima kasih luangkan masa korang baca entry kita hari ni....

Friday, 15 January 2016

Minimumkan Susunan Meja Solek

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Bila baca je tajuk, yang lelaki pun cakap "eleh, entry pasal perempuan ni..". Ish, janganlah terus cakap macam tu. korang juga boleh baca & perlu ambik tahu! Manalah tahu kalau-kalau korang nak surprise kat wife korang, salah satu ruang idaman setiap wanita adalah MEJA SOLEK!!! Betul....

Di sini kita nak share dengan korang semua, antara idea-idea yang boleh di guna pakai jika space rumah & bilik korang agak terhad. Almaklumlah, kalau rumah besar sekarang, dalam tangan takde RM 500 K ke atas, mampu tengok ajelah... Jangan serabutkan kepala, kita manfaat kan apa yang kita mampu miliki...

Simple & available...hehehe.. Ala-ala hotel mewah juga ni tapi design budget tau... Tetap cantik!
 
Yang ni pun simple je. Tak perlu meja kerusi bagai. Just hiaskan dengan rak di kiri & kanan.
 
Ini pun cantik je...sweet!
 
Ini meriah sikit. Ada laci kiri & kanan. Cermin tu siap berlampu keliling lagi.
 
Ini pun kita suka cuma rak di bahagian atas tu maybe tak sesuai dengan kita... Susah nak ambil barang nanti. 
 
Ini pula menggunakan laci hanya di satu sudut sahaja. Cantik!
 
Mainan warna tu penting supaya ruang solek itu nampak menonjol.
 
Kita suka design ni. Meja tu ada laci panjang, so kena pandai-pandai susun alat solek dalam laci tu supaya sentiasa kemas & mesra pengguna...
 
1 cermin besar + 1 rak kecil + DIY frame & penggantung... Simple!!
 
Design ni juga salah satu design favourite kita... Sweet sangat!
 
Cantik juga!!! Janji kena sentiasa kelihatan kemas & tersusun.
 
Ni nampak penuh bergaya. Warna putih memang tetap menjadi pilihan ramai ek?
 
Design meja & frame yang sangat menonjol. Simple je...

Mana satu pilihan korang? Kita suka perabut warna coklat kayu, hitam & putih juga. Tapi semua itu bergantung pada design. 
So, korang boleh slow-slow deco hiasan di rumah korang. Tak semestinya ruang yang kecil kita tak boleh gayakan. 

Terima kasih sebab sudi baca entry kita kali ini. Jangan lupe KOMEN & FOLLOW blog kita tau..