Showing posts with label Food/Drink. Show all posts
Showing posts with label Food/Drink. Show all posts

Wednesday, 3 July 2019

OPEN HOUSE SYAWAL 2019

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Hari ni last day bulan Syawal... Alhamdulillah, kita di beri peluang olehNya untuk sama-sama menikmati detik indah menyambut Bulan Ramadhan dan Syawal pada tahun ni.
Mencatat sejarah juga, tahun ni 1st time kita buat Open House di rumah sewa kita. Sebelum ni masa duduk di Ipoh, memang tak merasa nak buat open house di rumah sendiri. Alhamdulillah, tahun ni impian kami tercapai... Insya Allah akan cuba teruskan di masa-masa akan datang!

Sebenarnya husband kita yang excited nak buat open house! Kita ok jer la...
Tapi bila dah decide tarikh, masa dan menu, kita pula bertambah-tambah excited!! Menu tu semakin bertambah dan berubah-ubah... Gigih google resipi bagai, last-last guna resipi Mak dan sendiri jugakkk...


Tapi... sorry guysss...! Kita tak sempat nak ambik gambar menu kita buat. Busyyyy giler!!! Tak berhenti tetamu datang... Alhamdulillah...
Start jam 12,30 tengahari sampai ke 9 malam...
Nasib baiklah kali ini 2 orang adik kita dari KL datang turun padang... Tolong kita masak dan sediakan apa-apa yang patut!
Sampai lenguh-lenguh badan dieorang...
Kita share gambar-gambar tetamu yang datang ajelah ye... Yang sempat kita ambik gambar!








Anyway, terima kasih la kepada tetamu yang sudi hadir!
Maaflah kepada yang kami tidak sempat jemput... Insya Allah next time kami akan jemput semua... (sedangkan yang tak sampai separuh ni pun kita dah semput...hehehe)

Terima kasih juga kepada korang yang sudi baca entry kami untuk kali ini. Entah bila pula la kami berkesempatan untuk update entry lagi...
Banyak sangat simpan draf entry tapi tak sempat nak attach gambar lagi... Itu banyak entry mereput dalam ni...

Insya Allah.. Doa-doa kan kami berpeluang lagi update entry kami...
Thanks a lot!

Saturday, 27 October 2018

SYURGA MAKANAN DELIVERY!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Apa khabar semua? Hari ni semangat sikit nak taip entry sebab banyak perkara..hehehhe..
Alhamdulillah, sales business semakin baik dari sebelum ini. Sebabkan kita dah lama sangat tak aktif business lepas dapat kerja ni. Tapi business akan tetap kita running macam biasa dan akan teruskan tambah stock! Insya Allah...


Bercakap tentang business, kali ini kita nak share dengan korang business adik ipar kita. Alhamdulillah, memang berdesuuuupppp business adik kami seorang ni! Rezeki orang baru kahwin dan dapat anak sulung... Alhamdulillah...

Sebelum ini kita ada share business adik ipar kami juga, dia tokey jual emas! >> Boleh RUJUK entry Jom Follow Pelaburan Orang Kelantan <<

Untuk entry kali ini, kita nak share satu lagi business adik ipar kita ni. Die suami isteri memang rajin! Alhamdulillah... So, sebelum kita taip panjang lebar, jom kita share gambar-gambar yang boleh buat korang semua LLLAAAAAPPPPPAAAARRRR....!!!

FOLLOW tau FB ni..




Nampak tak???

Terliur tak???
So, buat warga KOTA BHARU, PASIR MAS, TENDONG, SALOR, WAKAF CHE YEH.... Ini berita baik buat korang semua...
Kalau tak tahu nak makan apa? Nak beli kat mana? Malas nak keluar atau masak?
Inilah penyelamat korang!!!

Confirm nak repeat order lagi!!!

>> TORTILA
>> SANDWISH
>> COMBO TORTILA + SANDWISH
>> COMBO TORTILA + AYAM POTONG + AYAM CHEESE
>> AYAM POTONG
>> NASI AYAM PENYET
>> AYAM PEDAS CHEESE
dan banyak lagi...

kalau nak ORDER, boleh direct WhatsApp :-
AZLINA SUKERY
013-6420924 

sedap hingga terbawa dalam mimpi gituwww...!!!

Saturday, 21 July 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Alhamdulillah, dapat update Blog lagi kali ini. Busy giler sejak dari awal Ramadhan lagi. Habis sahaja Ramadhan, masuk pula Syawal, kami busy lagi. Busy dengan jemputan ke open house dan preparation untuk ke Kursus. Tapi bukan rezeki kami pada tahun ini, open house untuk sambutan Syawal anjuran office tak dapat kami join. 

Memang agak sedih jugalah sebab tak merasa lagi join rumah terbuka anjuran HQ di hotel mewah tu. Setakat bekerja 3 tahun ni, belum lagi merasa. Apakan daya, kami ni budak baru... Rumah terbuka anjuran pusat operasi pun kami tak berpeluang join sebab pada masa yang sama kami di hantar kursus jauh dari Perak... Kata kau!!! hehehehe... Nanti next entry kita share tau...

Namun,kami percayakan ungkapan "kalau dah rezeki, tak kemana..". Alhamdulillah, kami mendapat jemputan untuk hadir ke Rumah Terbuka Telekom Malaysia Teluk Intan! Menag excited sangat!!! En. Husband kita dah inform awal 2 minggu tau... Sebabnya dia nak bagitahu yang sepanjang 2 minggu sebelum majlis dia akan balik rumah lewat sikit sebab sibuk dengan perancangan & persiapan untuk majlis itu nanti...

Kami pun memang dah prepare awal-awal lagi. Almaklumlah, tak dapat join majlis anjuran company sendiri berkhidmat, dapat tumpang company suami bekerja pun jadilah! hehehehe
Jom kami nak share antara gambar-gambar yang berjaya kami ambik sebelum majlis bermula...



Tempat yang paling popular sepanjang majlis! Berebut tetamu nak bergambar. 





1st time datang jamuan Hari Raya dan ada WAYANG PACAK!!!!Memang rare betoi... Seronok budak-budak layan wayang pacak ni... Mak Ayah boleh layan makan dan layan majlis berlangsung..


Kami suka tengok bila En. Suami seronok uruskan event ni. Die memang suka sangat kerja-kerja belakang tabir ni. Hilang stress die...hehehehe...

Kami nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kepada pihak Telekom Malaysia Teluk Intan kerana menganjurkan majlis yang penuh gemilang dan cantik serta menyediakan makanan yang super awesome! Memang kenyang sempai keesokkannya... Betul!

Semoga murah rezeki semuanya... Amin...

Rasa tak sabar pulak nak tunggu Ramadhan tahun depan... Rindu pada Ramadhan!

Saturday, 21 April 2018

D' Marmalade Cafe Ipoh

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Dah lama kita tak update tentang review tempat makan menarik ni. Sebenarnya dah banyak tempat kita singgah & banyak tempat juga menjadi pilihan hati kita tapi langsung tak ingat nak ambik gambar! Dah habis makan, kenyang perut, masuk kereta & dah sampai rumah, barulah teringat pasal semua tu...
Sowwiiii.....

1stly kita share gambar sikit!

D'MARMALADE CAFE IPOH

ALAMAT :
No. 2, Jalan Greentown 3,
Greentown Nova,
30450 Ipoh, Perak


Cafe ni memang santai. Korang boleh pilih nak duduk di tempat fresh-air ke atau ber air-cond! Buatlah pilihan korang sendiri. Tapi setakat ini, kami suami isteri memang pilih tempat fresh-air sebab rasa lebih seronok!

Makanan setakat ni memang superb! Favorite kami adalah nasi putih + asam pedas & nasi goreng! Siapa yang lapar tahap gaban, memang ini tempat pilihan terbaik! Memang sampai kenyang giler korang... 

Bagi yang smoking tu, boleh pilih tempat duduk di luar cafe. Memang pihak D'Marmalade Cafe dah sediakan dengan selesanya untuk korang menikmati asap rokok tu tanpa melibatkan orang lain. 

 ni air MESTI ORDER En.Suami kita..



Dah pernah try, memang best, pedas & kenyang!



 En. Suami dah TRY! Rugi tak order tau..

Ni memang BEST! Portion banyak & kami share berdua...Kenyang!!

Portion untuk satu-satu menu memang memuaskan! Kalau korang jenis perut kecik macam kita ni, memang kena cari partner kongsi la... Nasib baik lah En. Suami jenis yang melayan je permintaan isteri...hehehehehe...

So, sesiapa yang singgah di Ipoh Perak, boleh lock D'MARMALADE CAFE ni. Singgah & nikmati masa-masa indah waktu makan korang...
Selamat Mencuba...

D'MARMALADE CAFE IPOH

ALAMAT :
No. 2, Jalan Greentown 3,
Greentown Nova,
30450 Ipoh, Perak

Saturday, 4 November 2017

6 Makanan Salah TIming Makan!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Hari ni birthday kita...hehehehehe...
"Selamat Hari Lahir Eira !!!"
(^-^)  (^-^)

Sambutan??
Erm...biasa-biasa je...
Tak boleh nak plan apa-apa sangat. Hanya mengikut perancangan orang lain!
hehehehehe...

Kita nak share benda simple je ni.. Jumpa info ni di dalam Facebook seseorang. Rasanya dah ramai yang share. Tapi takpelah, kita nak share juga

 6 Makanan Yang Kita Makan Pada Waktu Salah Yang Boleh Memudaratkan Kita.


Tuesday, 18 July 2017

Kek Puding Gula Hangus

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Hari ni kita dapat jumpa lagi di ruangan Blog ni. Maaflah, kita takde masa sangat nak selalu update Blog macam dulu. Tanggungjawab bertambah. Ada perkara lain perlu di dahulukan.
 

Kalau korang selalu follow FB kita ( https://www.facebook.com/munirah.mustafar ), ada beberapa hari lepas kita ada update tentang KEK PUDING GULA HANGUS simple yang kita buat sendiri ualllssss...!!! Ramai yang minta resipi, termasuklah Emak kesayangan kita tau!!! So, hari ni kita nak share dengan korang... Di harap dapat membantu...


 

Ini gambar dari FB kita https://www.facebook.com/munirah.mustafar
 

Resipi kita simple je tau...
 

(A) Karamel/Gula Hangus
  • Gula dalam 3 sudu kot... Kita letak je dalam acuan kita then letak atas dapur.
  • Depend pada korang la nak banyak mana. Tapi kalau boleh elakkan terlalu manis.
  • Korang control api & jangan hangus sangat gula tu sebab nanti pahit pula. Tak sedap!!
  • Ala-ala keperangan sikit, then tutup api. Pastikan gula tu meliputi (chewahhh!!!) setiap ruang acuan.

(B) Puding.
  • Susu cair/Susu Segar (biasanya kita ambik 1 tin terus, dalam 400ml) + 2 @ 3 biji telur + 2 @ 3 sudu gula + esen vanila sikit.
  • Semua bahan atas tu, korang masukkan dalam Blender then blend...
  • Then, korang boleh tuang dalam adunan yang ada gula hangus tadi. Tapi pastikan korang tapis dulu tau. 

(C) Kek Span.
  • 2 biji telur (asingkan telur putih & telur kuning)
  • Korang pukul telur putih + 30g gula hingga betul-betul kembang.
  • Pukul dalam bekas berasingan telur kuning + 30g gula hingga kembang.
  • Then campurkan dua adunan telur tu dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  • Masukkan mentega (dicairkan terlebih dahulu) & kacau
  • Masukkan tepung gandum (70gram) & kacau
  • Then korang bahagikan aduanan ikut berapa warna korang nak buat.
  • Settle warnakan adunan, then korang just tuangkan selang seli dalam adunan puding tu.
  • Adunan kek akan terapung di atas adunan puding tadi. So, korang tak perlu risau!
  • Lastly, korang kukus lah hingga masak... Settle!!!







Tada...!!!!! Jadilah...
Oklah, boleh cuba tau... Senang je kan??
Insya Allah kita jumpa di entry akan datang pula...
Kalau korang pun ada resipi simple, share-share la dengan kita...

Saturday, 3 September 2016

Nasi Ayam CASPER

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, di beri oleh-Nya rezeki & peluang untuk kita update Blog ni lagi. Kita hari ni nak share port makan BEST kat area Kota Bharu, Kelantan. 
Sebenarnya tempat ni secara kebetulan kita satu family singgah pada Hari Raya Aidilfitri yang lepas. Ni dah nak masuk Hari Raya Aidiladha kan tapi no hal... Yang penting kita nak share dengan korang semua kalau korang ada singgah ataupun holiday kat Kota Bharu, Kelantan so ini adalah antara tempat makan NASI AYAM yang best kami suggest korang singgah & nikmati sendiri!!!


NASI AYAM CASPER
Alamat :-
Lot 524 T/B Lembah Sireh,
15050 Kota Bharu, Kelantan.
(Lot Kedai berdepan dengan Tesco Kota Bharu)

Telefon : 014-509 6298


NASI AYAM CASPER ni memang sebelah je dengan Tesco Kota Bharu. Kalau korang dapat jumpa Tesco Kota Bharu, maknanya korang memang dah dekat sangat dengan Restoran NASI AYAM CASPER ni.


Tengokkk!!! Gambar kami 1 family pun dah viral (chewah...! Viral la sangat!!) dalam facebook NASI AYAM CASPER... Time ni memang senyum lebar la... 1st time datang & memang 1st class!!





Seronok sangat dapat makan nasi ayam BEST sampaikan terlupa nak ambil gambar lebih sikit untuk masukkan dalam Blog ni. Just 4 keping gambar ni je yang sempat! Licin terus pinggan. Kalau ikutkan owner NASI AYAM CASPER tak payah susah-susah basuh pinggan tu. Memang licin terus!!!
Apa yang kita suka kat NASI AYAM CASPER ni??? 
  • Nasi lembut & tidak berminyak.
  • Sup tu memang best!
  • Sambal !!! The WINNER!!! Pedas...masyukkk!!! dan boleh tambah lagi kalau dah abis..
  • Ayam memang lembut & cukup masak..
  • Harga?? Memang MURAH & BERPATUTAN...
  • Memang BEST giler!!!
Kalau kita tulis panjang lebar pun belum tentu korang tahu camne rasanya. So, better korang sendiri pergi cuba & rasa. Jangan cakap akak tak payung ek....hehehehehe
Buat pengetahuan korang, NASI AYAM CASPER bukan hanya sediakan Nasi Ayam tetapi menu lain pun ada. Nasi Ayam ni adalah hidangan utama a.k.a killer menu mereka la. Antara menu lain yang ada di sediakan di NASI AYAM CASPER :-












Tak terliur ke? Insya Allah balik ke Kelantan nanti masa Hari Raya Aidiladha, kami akan singgah makan di sini lagi. Bukan senang nak dapat Nasi Ayam yang kena dengan tekak kita ni. Tapi NASI AYAM CASPER ni memang TeRBAIK!!!
Okeylah, kita malas nak cerita panjang lebar lagi. Korang datang sendiri ke NASI AYAM CASPER & rasa sendiri... Kita gerenti korang tidak akan frust & confirm korang sangat-sangat berpuas hati... Insya Allah!


NASI AYAM CASPER
Alamat :-
Lot 524 T/B Lembah Sireh,
15050 Kota Bharu, Kelantan.
(Lot Kedai berdepan dengan Tesco Kota Bharu)

Telefon : 014-509 6298