Saturday 21 July 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Alhamdulillah, dapat update Blog lagi kali ini. Busy giler sejak dari awal Ramadhan lagi. Habis sahaja Ramadhan, masuk pula Syawal, kami busy lagi. Busy dengan jemputan ke open house dan preparation untuk ke Kursus. Tapi bukan rezeki kami pada tahun ini, open house untuk sambutan Syawal anjuran office tak dapat kami join. 

Memang agak sedih jugalah sebab tak merasa lagi join rumah terbuka anjuran HQ di hotel mewah tu. Setakat bekerja 3 tahun ni, belum lagi merasa. Apakan daya, kami ni budak baru... Rumah terbuka anjuran pusat operasi pun kami tak berpeluang join sebab pada masa yang sama kami di hantar kursus jauh dari Perak... Kata kau!!! hehehehe... Nanti next entry kita share tau...

Namun,kami percayakan ungkapan "kalau dah rezeki, tak kemana..". Alhamdulillah, kami mendapat jemputan untuk hadir ke Rumah Terbuka Telekom Malaysia Teluk Intan! Menag excited sangat!!! En. Husband kita dah inform awal 2 minggu tau... Sebabnya dia nak bagitahu yang sepanjang 2 minggu sebelum majlis dia akan balik rumah lewat sikit sebab sibuk dengan perancangan & persiapan untuk majlis itu nanti...

Kami pun memang dah prepare awal-awal lagi. Almaklumlah, tak dapat join majlis anjuran company sendiri berkhidmat, dapat tumpang company suami bekerja pun jadilah! hehehehe
Jom kami nak share antara gambar-gambar yang berjaya kami ambik sebelum majlis bermula...



Tempat yang paling popular sepanjang majlis! Berebut tetamu nak bergambar. 





1st time datang jamuan Hari Raya dan ada WAYANG PACAK!!!!Memang rare betoi... Seronok budak-budak layan wayang pacak ni... Mak Ayah boleh layan makan dan layan majlis berlangsung..


Kami suka tengok bila En. Suami seronok uruskan event ni. Die memang suka sangat kerja-kerja belakang tabir ni. Hilang stress die...hehehehe...

Kami nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kepada pihak Telekom Malaysia Teluk Intan kerana menganjurkan majlis yang penuh gemilang dan cantik serta menyediakan makanan yang super awesome! Memang kenyang sempai keesokkannya... Betul!

Semoga murah rezeki semuanya... Amin...

Rasa tak sabar pulak nak tunggu Ramadhan tahun depan... Rindu pada Ramadhan!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen di sini...
Insya Allah sepantasnya kita Blogwalking ke Blog awk pula...
Thanks a lot!