Assalamualaikum...
Salam sejahtera semua...
Baca je tajuk entry kali ni, mesti korang dah tahu keputusannya kan? Sebenarnya akak tak leh move on lagi... Memang still rasa terbawa-bawa lagi excited semasa ke Stadium Nasional Bukit Jalil tu. Memang hevoc giler...!!! Maklumlah, sebelum ni tak pernah merasa jejak ke stadium time Final sebabnya dulu kan banyak kes huru hara lepas habis games! Kali ni alhamdulillah, rezeki bersama-sama suami dan geng-geng dia...
Buat pengetahuan korang, kami dapat tiket bukan dari ulat tiket tau. Bukan dari sponsor syarikat ataupun main orang dalam! Ini atas usaha team suami kita. Kemudian masing-masing seramai 11 orang ni sepakat cari van pula untuk ke sana. Lebih jimat!!!
Kami gerak dari tanah bumi Perak dalam jam 12.30 tengahari. Tunggu member-menber sampai, van sampai, then terus gerak! Dalam jam 4 petang baru kami sampai di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan jayanya.
Sepanjang perjalanan tu memang kiri kanan orang kibarkan bendera Perak dan Kedah! Makin excited la kami...hehehehe
1st time dapat lekat stiker ni kat pipi. Sebenarnya tiap kali ikut suami ke stadium, memang nak lekat stiker ni tapi selalu tak kesampaian... Kali ni, turun je dari van, jejak kaki dalam kawasan stadium, terus mintak kat suami nak stiker tampal kat pipi ni. Mulanya nak yang lekat guna air tu tapi macam kecik sangat. So kebetulan dapat logo besar ni, memang tak lepas peluang la..!!!
Stiker ni kita memang tak tanggalkan sampailah selamat jejak kaki balik rumah... Kau ado!!!!hehehehe
Ini je antara gambar yang sempat ambik. Semuanya 100% menggunakan telefon Huawei Nova 3i jer... Bukan telefon mahal pun. Tapi hasilnya memang superb! Time menunggu nak masuk ke dalam stadium tu memang penat jugak! Ramai orang, beratur lagi... Yang penting makan dulu sebelum masuk stadium!
Kami tak banyak sangat ambik gambar. Sebab keadaan panas & ramai giler penyokong yang datang. Video pun tak banyak sangat. Cuma video yang satu ni memang kita suka!!! Bayangkan, 1st time dapat pergi ke final camni, tengok ramai orang penuh stadium, sepakat ramai-ramai nyanyi lagu kebangsaan, lagu negeri & viking clap ramai-ramai... Buat kita rasa kagum sangat dengan semangat bersukan semua penyokong yang hadir pada malam tu... Nampak sangat muka kita ngah excited giler!!!
Lastly, sepertimana semua tahu.. KEDAH juara Piala FA!!!! Tahniah Kedah!!! Kami penyokong Perak sama-sama berkongsi kemeriahan sepanjang games berlangsung... Insya Allah, team Perak boleh try next time la... Kita bagi asah skill lagi..
Terima kasih Stadium Nasional Bukit Jalil...
Terima kasih Final Shopee Piala FA 2019...
Terima kasih penyokong Perak Darul Ridzuan...
Terima kasih penyokong Kedah Darul Aman...
Terima kasih suami ku...
Untuk semua memori yang terindah Julai 2019...
#pialaFA
#perak
#kedah
#stadiumbukitjalil
Psstt : boleh simpan duit untuk next final games pulak...hehehehehe
Uish.. minat bola.. Ohsem tu..
ReplyDeleteminat jugak la tapi bukan hardcore sangat... untuk ilangkan stress
DeleteTahniah Kedah. suasana lain macam kalau pergi stadium tengok final
ReplyDeletekan...seronok giler dapat tengok live!
Delete