Friday, 27 September 2019

Masjid Muhammadiah Chinese Mosque

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua... 

Kita nak update lagi blog kali ni. Alhamdulillah, ada masa terluang skit sementara tunggu en.suami settle kan job emcee die...



Masjid Muhammadiah Chinese Mosque
Alamat : Regat Tasek Jaya 1, Taman Tasek Jaya, 31400 Ipoh, Perak

Kalau orang perak, khususnya orang ipoh Insya Allah biasa ke masjid ini. So bagi korang yang tak pernah ke masjid ni, jemputlah ke sana. 

Alhamdulillah, tempatnya sangat selesa! Selesa untuk kita menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya & selesa pandangan mata dan hati!




Landskap dari luar masjid. Memang cantik sangat-sangat. Memang sangat kemas dan terjaga! Rasa macam nak buat macam ni juga untuk landskap rumah.










Ini pula dari pandangan halaman masjid tapi belum masuk ke dalam masjid lagi tau. Kat sini pun dah cantik giler, bayangkan kalau dalam masjid camne...
Ini semua hasil dari ringan tulang warna AJK Masjid Muhammadiah Chinese Mosque serta penduduk setempat.








Ini lebih kurang pandangan di dalam masjid. Mulanya kita memang nak round-round sekitar masjid tapi masa tak sempat! Tambahan lagi ramai orang baru sampai untuk menunaikan solat & berehat. Macam tak sesuai pula kita nak ambil gambar bagai, risau ada yang kurang selesa.

Tapi bagi kita, masjid ini memang selesa. Kemudahan terbaik! Luas untuk menampung kehadiran muslimin & muslimat.

So, jemputlah semua ke Masjid Muhammadiah Chinese Mosque. Sambil-sambil kita menumpang beribadat, sambil-sambil kita menghulurkan sedikit sumbangan untuk kegunaan naik taraf masjid tersebut.

Okeylah, terima kasih pada kalian semua sudi singgah di Blog kita. Jangan lupe share & komen tau.
Lupa plak nak bgtau, semua gambar-gambar ni kita ambik menggunakan telefon pintar HUAWEI NOVA 3i... Nanti ada yang tanya pula, macam mana akak edit gambar bagi cantik. Akak tak edit pun, just letak watermark je...

Then, kita jupe insya Allah di entry akan datang pula...
Jom kita semarakkan suasana di masjid dengan beribadat jemaah di sana...

4 comments:

Terima kasih sudi komen di sini...
Insya Allah sepantasnya kita Blogwalking ke Blog awk pula...
Thanks a lot!