(Part 3 : 09 Julai 2020)
Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Part 1 : TTC Journey-Welcome To Cengild G.I Medical Centre (CGI)
Part 2 : TTC Journey-Polips dan Laparoscopic
Alhamdulillah, lebih kurang jam 6.30 petang akhirnya kita di tolak masuk ke wad. Kita memang rasa mamai-mamai sangat. Ada dengar-dengar dihujung telinga nurse memanggil suruh bangun. Tapi mata ni memang menggila liat nak buka! Ada dengar suara en.suami berbual dengan seseorang juga. Tapi kita macam tak berapa paham apa dicakapnya. Dalam jam 7.30 malam baru kita benar-benar sedar! Dapat tersenyum sebabnya nampak en.suami di sebelah! Rupa-rupanya sepanjang kita duduk dalam bilik OT, suami kita tak keluar kemana-mana pun. Setia menunggu di wad!!!! So sweetttt...!!! Tapi kesian juga pada dia sebab hanya makan masa breakfast sahaja pada hari itu.
Apabila kita dah betul-betul sedar, nurse datang dan air suam dan bubur nasi dibekalkan kepada kita. Nurse suruh kita buang air kecil pada malam itu juga kerana bagi memastikan ubat-ubat yang dimasukkan kedalam badan semasa proses operation petang tadi keluar melalui air kencing kita. Tapi masalahnya kita tak boleh... Setitik pun tak keluar! Darah macam period yang banyak keluar. Akhirnya ada seorang nurse senior datang dan bekalkan kita dengan air milo suam. Dalam masa 20 minit macam tu, barulah dapat buang air dengan aman! Rasa macam mencucuk sikit masa 1st membuang air tu, tapi lepas tu ok! Darah macam period still keluar. Tempat laparscopic tu ada ditebuk 2 lubang di kawasan perut dan 1 lubang melalui pusat. Rasa pedih sekejap-sekejap sebab ubat bius masih belum abis! Untuk operation buang polips pulak alhamdulillah kita tak terasa sakit. Effect nya darah keluar macam period itu sahajalah. Alhamdulillah juga kita takde muntah-muntah atau pening selepas sedar dari operation! Ada seorang pesakit 1 wad dengan kita tu tak berhenti muntah-muntah! Rezeki masing-masing kan...
Semalaman tidur di wad. Setiap 1/2 jam atau 1 jam nurse akan check tekanan darah kita. Tiap kali kita buang air, perlu inform kepada nurse. Sebab nurse nak tengok warna air kencing dan banyak mana darah keluar di pad! Pagi-pagi 03 Julai 2020, Doktor Norazlin singgah di wad kita dan explain tentang operation semalam nya.
<< TIUB TIDAK DIBUANG! Alhamdulillah.... Tiub kanan cantik. Tiub kiri pun OK cuma sempit sedikit. Rahim pun alhamdulillah OK. Doktor Norazlin cuci rahim kita, buang semua polips! Ubat antibiotik dan tahan sakit diberikan >>
Alhamdulillah, tengahari itu juga kita discharge! Kami claim insurance untuk rawatan kali ini. Semua dipermudahkan. Lepas mandi, bersihkan badan, tukar baju then kami bergerak slow-slow keluar. 1 pengalaman berharga untuk 1st operation kita alami sepanjang hidup di bumi Allah s.w.t ini...
Tapi sebenarnya ada kisah sedih sikit selepas operation! Seksa la juga... Nanti kita cerita lagi ye. So kita jumpa di entry akan datang...
to be continue...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi komen di sini...
Insya Allah sepantasnya kita Blogwalking ke Blog awk pula...
Thanks a lot!