Tuesday 5 January 2016

Ruang Kerja IDAMAN...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Kita terima feedback yang agak lain macam dari pembaca Blog 'My New Blogger' ni. Siap tanya kami arah jalan ke cafe yang kita share kan dalam entry. Siap cadangkan kita singgah di kawasan mereka & promote kedai/restoran/cafe di kawasan mereka lagi... Insya Allah, kita cuba setakat kami mampu...
Apa yang kami promote adalah apa yang kita sendiri merasai pengalaman ke tempat tersebut. Bukannya just campak tulis. Tambahan lagi kebanyakan tempat yang kita share adalah di datangkan dengan harga yang cukup berbaloi & bukannya luxury sebab kita pun tahu setakat mana kemampuan kita... hehehehe...

So, hari ni kita rehat sekejap share berkaitan dengan tempat makan ni. Kita nak share entry berkaitan dengan RUANG KERJA IDAMAN kita pula! Maklumlah, tempat kerja kita adalah di rumah. Kadang kala kita pun teringin satu ruang yang cantik & kemas untuk kita bekerja...

Camne ruang kerja idaman korang??? 
Kita ada search sikit idea susun atur ruang kerja yang minima... Ruang kerja kita agak kecil sebab senang kita nak jaga & kemas. Kalau besar sangat nanti kita runsing. Jom kita nak share dengan korang pula...

Ini macam best! Sangat jimat space & 2in1. Bila nak buat kerja, buka pintu tu & start kerja. Bila dah habis kerja, tutup pintu tu then terus jadi macam almari. Satu penyamaran yang HEBAT!!!

Yang ni sweet & simple kan? Just 1 ruang yang cukup-cukup minimum untuk ruangan kerja. Sambung terus dengan almari. Erm... boleh try ni. Kos pun tak besar sangat.

Ruangan macam ni pun nampak macam best! Tapi maybe perlukan ruang yang agak besar sedikit. Tapi memang banyak function la. Still boleh masukkan dalam list!

Cantik giler!!! Kita memang suka sangat warna hitam. Nampak lebih elegant kan. Just masukkan dalam list dulu...hehehehhee...

Yang ni sebenarnya agak complicated! Tapi kita suka sangat tengok. So, just masukkan sahaja dalam list. Manalah tahu Allah s.w.t kurniakan kami rezeki rumah baru yang lebih besar ruangnya, boleh pilih satu bilik untuk ruangan kerja nanti... Insya Allah...amin

Yang ni pun cantik & simple! Sejuk mata memandang. Ruangan memang minimum tapi tak banyak sangat tempat simpanan.

So cute!!! Di sebabkan kita ada menerima tempahan FELT CRAFT so memang perlukan ruangan simpanan. Macam ni memang cantik tapi rasa macam ada kureng sikit. Kita pun tak tahu apa yang kureng tu...

Bleh di jadikan salah satu idea untuk kita juga. Kalau ruangan kerja tu agak bersepah so boleh simpan-simpan sikit di sebalik langsir tu...

Yang ni pun memang cantik! Banyak ruang simpanan. Meja simple. Tapi perlukan banyak ruang juga tu. Takpe, kita masukkan juga dalam list

Yang ni memang cukup bijak juga. Memang jimat space tapi tak pastilah boleh tahan ke tak meja tu... Macam tak boleh menampung benda berat la plak. I ni lasak sikit!

Ini antara deco-deco yang kita short-listed la. Memang masih mencari idea lain lagi. Di sebabkan kerja kita melibatkan banyak barang so kita perlukan somethings yang boleh kita minima kan ruang simpanan barang-barang tu.
Tambahan lagi kita ni tidak berapa tinggi, so tak berapa nak sampai kalau almari tu lebih dari 160cm dari paras bumi ku pijak...hehehehehe...

Apa cadangan korang? Ada idea? Jom share dengan kita...

6 comments:

  1. seronoknya kalau dapat salah satu workspace di atas :)

    ReplyDelete
  2. Saya suka ruang satu dan dua...simple, kemas, menarik dan mudah untuk urusan kerja.

    Moga Munirah dapat ruang kerja idaman yang fantastik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah...memang still mencari susun atur ruang kerja yang ideal ni

      Delete
  3. Menarik.. Teringin nak ada ruang macam nie juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kita...nasib baik space & duit nye tak berapa pandang sangat

      Delete

Terima kasih sudi komen di sini...
Insya Allah sepantasnya kita Blogwalking ke Blog awk pula...
Thanks a lot!