Sunday, 15 November 2020

TTC Journey : Operation Polips dan Laparoscopic

(Part 3 : 09 Julai 2020)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Part 1 : TTC Journey-Welcome To Cengild G.I Medical Centre (CGI)

Part 2 : TTC Journey-Polips dan Laparoscopic

Alhamdulillah, lebih kurang jam 6.30 petang akhirnya kita di tolak masuk ke wad. Kita memang rasa mamai-mamai sangat. Ada dengar-dengar dihujung telinga nurse memanggil suruh bangun. Tapi mata ni memang menggila liat nak buka! Ada dengar suara en.suami berbual dengan seseorang juga. Tapi kita macam tak berapa paham apa dicakapnya. Dalam jam 7.30 malam baru kita benar-benar sedar! Dapat tersenyum sebabnya nampak en.suami di sebelah! Rupa-rupanya sepanjang kita duduk dalam bilik OT, suami kita tak keluar kemana-mana pun. Setia menunggu di wad!!!! So sweetttt...!!! Tapi kesian juga pada dia sebab hanya makan masa breakfast sahaja pada hari itu.

Apabila kita dah betul-betul sedar, nurse datang dan air suam dan bubur nasi dibekalkan kepada kita. Nurse suruh kita buang air kecil pada malam itu juga kerana bagi memastikan ubat-ubat yang dimasukkan kedalam badan semasa proses operation petang tadi keluar melalui air kencing kita. Tapi masalahnya kita tak boleh... Setitik pun tak keluar! Darah macam period yang banyak keluar. Akhirnya ada seorang nurse senior datang dan bekalkan kita dengan air milo suam. Dalam masa 20 minit macam tu, barulah dapat buang air dengan aman! Rasa macam mencucuk sikit masa 1st membuang air tu, tapi lepas tu ok! Darah macam period still keluar. Tempat laparscopic tu ada ditebuk 2 lubang di kawasan perut dan 1 lubang melalui pusat. Rasa pedih sekejap-sekejap sebab ubat bius masih belum abis! Untuk operation buang polips pulak alhamdulillah kita tak terasa sakit. Effect nya darah keluar macam period itu sahajalah. Alhamdulillah juga kita takde muntah-muntah atau pening selepas sedar dari operation! Ada seorang pesakit 1 wad dengan kita tu tak berhenti muntah-muntah! Rezeki masing-masing kan...

Semalaman tidur di wad. Setiap 1/2 jam atau 1 jam nurse akan check tekanan darah kita. Tiap kali kita buang air, perlu inform kepada nurse. Sebab nurse nak tengok warna air kencing dan banyak mana darah keluar di pad! Pagi-pagi 03 Julai 2020, Doktor Norazlin singgah di wad kita dan explain tentang operation semalam nya.

<< TIUB TIDAK DIBUANG! Alhamdulillah.... Tiub kanan cantik. Tiub kiri pun OK cuma sempit sedikit. Rahim pun alhamdulillah OK. Doktor Norazlin cuci rahim kita, buang semua polips! Ubat antibiotik dan tahan sakit diberikan >>

Alhamdulillah, tengahari  itu juga kita discharge! Kami claim insurance untuk rawatan kali ini. Semua dipermudahkan. Lepas mandi, bersihkan badan, tukar baju then kami bergerak slow-slow keluar. 1 pengalaman berharga untuk 1st operation kita alami sepanjang hidup di bumi Allah s.w.t ini...

Tapi sebenarnya ada kisah sedih sikit selepas operation! Seksa la juga... Nanti kita cerita lagi ye. So kita jumpa di entry akan datang...

to be continue...

Thursday, 12 November 2020

TTC Journey : Polips dan Laparoscopic

(Part 2 : 09 Julai 2020)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Kenapa ada part 2 pulak? Sebab cerita pada kali ini panjang giler... Kalau 1 entry panjang sangat, nanti korang bosan pulak! Oklah, kita sambung semula cerita... Kalau korang blur, baca dulu entry sebelum ini tau...

TTC Journey-Welcome to Cengild G.I Medical Centre (CGI)

Kalau diikutkan jadual kita masuk OT dalam jam 3petang tapi macam lewat sikit 30 minit sebab sebelum turn kita, ada turn sorang lagi. Kes sama juga, buang polips! Tapi pasangan suami isteri tu memang sempoi giler, isteri die happy2 je. Rupa-rupanya sebelum ini isteri die pernah operate apendiks. Patutlah cool jer... Kita yang 1st time ni, seminggu sebelum operate dah pikir macam-macam! Hehehehhehe...

Nurse datang kepada kami dah minta kita bersiap. Time ni memang rasa macam nak menangis, nak peluk suami erat-erat! Nak minta maaf sangat-sangat, nak bagi wasiat bagai... Drama queen tak???? Tapi itulah yang bersarang dalam kepala dan hati... Nurse dalam 4 orang datang kepada kami, get ready nak tolak katil ke OT.. Pandangan suami kita time tu sayu je... Nurse cakap tempoh operation paling lama 2 jam je! Suami cakap pada kita "Bi tunggu kat luar ni ye. 2 jam je, kejap je" sedih oooo... Dah la time tu suami langsung tak lunch lagi...

Nurse tolak kita ke OT, laju giler... Sempatlah kita jeling suami kejap. Sebelum sampai ke OT, banyak procedure. Macam-macam benda disoalnya. Sejuk tu tak payah cakap lah!!! Kita menunggu turn lagi sebab doktor masih tak selesai dengan patient sebelum kita tu. Dalam 15minit macam tu, datang doktor lelaki cina, rupanya die pakar bius. Die perkenalkan diri die, explain tentang procedure bius nanti sebelum dan semasa operation. Sambil-sambil Pakar Bius tu berbual dengan kita, sambil-sambil die mencari urat untuk injection ubat. Confirm la doktor tu takkan jumpa urat kita time tu!!! Memang macam tu lah diri kita ni, nampak je jarum terus segala urat tu tenggelam... Lastly doktor bius tu jupe urat halus kita dan siap cakap kalau tempat dia cucuk tu sakit sikit sebab situ je dia jumpa urat dan port sesuai dicucuk. Dan memang sakit giler!!! Terketar-ketar dan kebas giler kita time tu.. Terangkat punggung kita time doktor tu cucuk. Rasa nak meraung kat situ jugak!

Kemudian Doktor Norazlin datang kepada kita. Explain tentang operation pada masa itu. Rupa-rupanya pada hari itu, Doktor Norazlin akan menjalankan 2 operation iaitu membuang polips dan juga laparoscopic! Doktor Norazlin beritahu, die akan buang tiub kita yang tersumbat tu. Waktu tu terasa macam jantung kita kena sentap tau! Tercabut! 

"Boleh tak doktor check dulu betul tak tiub saya tu tersumbat. Langsung tak boleh berfungsi. Kalau betul memang tersumbat, memang takde cara lain, xpelah kalau Doktor nak buang. Tapi kalau ok lagi, tolong jangan buang. Doktor tolong check dulu..." 

Itu ayat yang keluar dari mulut kita. Doktor hanya senyum sahaja. Doktor bgtau kita, sebab die perlu buang tiub follopio kita tu sebab sebagai persediaan IVF kelak. Tiub yang tersebut akan menyebabkan 1 cecair terhasil yang menghalang penempelan embrio nanti... Kita paham tapi kita cakap lagi kalau boleh tolong check dulu. Sebab kita tak percayakan result HSG sebelum ni. 

Menunggu turn lebih kurang 20 minit, kemudian kita ditolak masuk ke Operation Theatre. Dalam itu ada banyak lampu. Lebih kurang ada 6 orang nurse yang memakaikan pelbagai wayar dan mesin di badan dan tangan kita. Kemudian Doktor Bius datang dan kita pun diberi oksigen, dalam kiraan 1..2...pengsan!!!!

To be continue... 

Sunday, 25 October 2020

TTC Journey : Welcome to CENGILD G.I MEDICAL CENTRE (CGI)

(Part 1 : 09 Julai 2020 )

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, berjumpa lagi kita dalam entry kali ini. Jika korang baca entry kita sebelum ini, kita ada mention tentang operation kita. Yeap, today is the day!!!! Nervous you ollssss...!!!

Kami gerak dari Kampar dalam jam 6pagi sebab kena check in di CENGILD G.I MEDICAL CENTRE (CGI) pada jam 8.30 pagi. Ubat lawas yang doktor bekalkana sebelum ni kita siap-siap makan jam 10malam semalam. So pagi ni kena standby la... Memang lawas giler la... Tak sampai 30minit, kejap-kejap suami kita terpaksa berhenti di R&R untuk kita lepaskan hajat!!! Memang kita rasa tak selesa langsung nak duduk dalam kereta! Lastly kami berhenti breakfast di R&R Jejantas... Makan pun takde selera time tu. Nervous sebab mengenangkan operation nanti sambil perut tak selesa!!! Alhamdulillah, suami kita penyabar orangnya. Dia layankan aje kita ni... Hehehehehe... 

Kami sampai di Cengild G.I Medical Centre (CGI) tepat jam 8.30pagi. Sepanjang perjalanan masuk ke Bangsar South, banyak kali kena scan QR Code! Maklumlah, kes Covid19 masih belum reda. Semasa dalam proses register, banyak perkara juga kena tanya dan tandatangan. Almaklumlah, kos operation kali ini kami claim insurance! Alhamdulillah, rawatan kali ni masin insurance cover!! Korang masih ingat pasal swab test Covid19 tempoh hari?? Alhamdulillah, result kita NEGATIVE... Pihak Cengild G.I Medical Centre (CGI) akan refund semula kos swab test tu kepada kami melalui transfer ke akaun kami. Alhamdulillah lagiiii...

Kami minta untuk tinggal di bilik untuk seorang tetapi malangnya pada ketika itu tiada kekosongan! Insurance kami hanya cover untuk bilik 2 orang, jika kami upgrade kepada bilik single so kami kena tambah duit lagi RM150.00. Namun rezeki tidak berpihak pada kami, hanya dapat bilik untuk 4 orang sahaja! Jika ada kekosongan, baru pihak hospital akan maklumkan kepada kami semula. Parking je atas katil wad, nurse sediakan fresh kit untuk kita. Dalam beg tu ada tuala kecik, berus gigi, ubat gigi, cawan untuk berkumur, sabun, shampoo dan sikat rambut. Baju seragam warna biru diserahkan kepada kita. Sepanjang berada didalam wad, kita memang tak banyak berbual pun. Nak mengadap telefon pun takde mood! Kakak kita call pun, dah bengkak mata kita menangis. Suami hanya layan aje mood swing kita pada hari tu. Dia faham, kalau banyak-banyak borak nanti akan keluar ayat-ayat sedih. Alamatnya boleh banjir hospital tu!!!

Start berpuasa jam 8.30pagi then langsung tak boleh makan dan minum. Turn operation kita jam 3petang disebabkan jadual untuk operation pada hari itu penuh dari pagi! Patutlah ramai sangat orang. Sempatlah kami terlelap beberapa kali sampai dah tak lalu nak tidur dah. Dalam jam 10 pagi,nurse ambik darah untuk ujian apa ntah! Dalam jam 12 tengahari, nurse masukkan ubat melalui 'bawah'. Dalam masa 30minit lepas masukkan ubat tu, keluar darah macam period, banyak juga lah! Kita rasa macam senggugut kejap-kejap!

Mulanya kita risau jugak bila banyak darah keluar. Rasanya bukan waktu period! Bila tanya nurse, barulah tahu. Rupanya fungsi ubat yang masuk dari 'bawah' tu adalah untuk membuka servik wanita. Bagi permudahkan proses operation nanti. Bagi kebas-kebas sikit. So laluan bawah tu akan terbuka dengan jayanya. Sebab itulah keluar darah-darah tu. Maybe lebihan-lebihan period sebelum itu yang keluar. Tiada apa yang perlu dirisaukan.

Melalui pengalaman kami di Cengild G.I Medical Centre (CGI) ni, alhamdulillah service yang sangat memuaskan. Kemudahan yang diberikan juga terbaik! Katil yang selesa, ruangan yang luas termasuklah tandas. Nurse akan sentiasa pantau pergerakan korang. Cumanya untuk bilik 4 orang, tidak disediakan kemudahan TV. Hanya bilik berdua dan single sahaja ada disediakan TV. Oleh itu hanya mengandap telefon sahaja. Liputan internet memang laju!!! hehehehehe...

Oklah, next entry pula la kita story pasal operation tu tau. Korang stay tune... Maybe boleh jadi panduan untuk korang yang tengah TTC atau mengalami masalah sama macam kita... Insya Allah Cengild G.I Medical Centre (CGI) adalah salah satu pusat kesihatan yang menyediakan pelbagai kemudahan dan service yang berpatutan dan selesa. Korang akan rasa tenang bila berada disini. Untuk rujukan korang, kita share sedikit info Cengild G.I Medical Centre (CGI). 

CENGILD G.I MEDICAL CENTRE (CGI)
UNIT 2-3 & 4, LEVEL 2,
NEXUS@BANGSAR SOUTH,
NO.7, JALAN KERINCHI,
59200 KUALA LUMPUR.
NO.TEL : 03-2242 7000

OPERATION HOURS :
Mon-Fri : 8.30am - 5.00pm
Sat : 8.30am - 1.00pm
Sun - Public Holiday : CLOSED

Tolong doa kan kami moga dipermudahkan urusan serta usaha kami ini dimakbulkan Allah s.w.t

Amiiiinnnnn.... 

Wednesday, 21 October 2020

TTC Journey : Polips

 Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...

( 06 Julai 2020 )

Kunjungan pertama kami ke Sophea Fertility selepas lama bertapa di rumah sepanjang COVID19. Kali ini kita buat TVS macam biasa untuk doktor check image yang disyaki polips dalam rahim kita. Dalam hati kita sebenarnya sudah berdebar-debar sangat dah. Harapnya dipermudahkan urusan kami pada hari itu.

Lepas TVS, Doktor Norazlin confirm kan memang image itu adalah polips. Doktor cadangkan untuk buangkan polips tersebut sebelum proses IVF dimulakan. Sebabnya kebarangkalian berjaya IVF akan menyusut jika polips tu tidak dibuang. Polips mengganggu embrio untuk menempel ke rahim. So, tanpa tangguh masa, kami bersetuju dengan cadangan doktor. Tarikh 02 Julai 2020 dipilih oleh Doktor Norazlin untuk operation di CENGILD G.I MEDICAL CENTRE (CGI), NEXUS@BANGSAR SOUTH! 

Segala surat-surat kebenaran kami tandatangan. Nurse berikan kami ubat lawas untuk dimakan pada 1 hari sebelum operation. Untuk kosongkan perut serta usus. Pada masa yang sama juga kita dinasihatkan untuk berpuasa pada hari kejadian. Kami mohon doktor untuk lakukan laparoscopic juga, untuk check keadaan tiub follopio. Harapnya tiada block atau bengkak. Harapnya tidak perlu dibuang tiub kita ni... Sedih ooo bila kenangkan nak operate nanti... Untuk kos TVS+Doctor Consultation+ubat lawas di Sophea Fertility pada hari itu adalah RM255.00. Alhamdulillah, masih dalam budget kami.

Kemudian Doktor Norazlin sediakan kami surat untuk lakukan swab test Covid19 di Cengild G.I Medical Centre (CGI), Nexus@Bangsar South. Selepas selesai di Sophea Fertility kami terus ke sana. Sepanjang perjalanan tu memang berdebar giler la. Rasa macam tak berpijak di bumi yang nyata je!!!! Proses swab test Covid19 ni tak ambik masa yang lama pun, maybe tak sampai 5 minit pun. Cuma start register hingga settle swab test tu ambik masa 30 minit la juga. Untuk makluman korang, kos register + swab test Covid19 di Cengild G.I Medical Centre (CGI) sebanyak RM392.00. Banyak kan??? Tapi jangan risau, kalau result korang -VE, duit korang dikembalikan semula kecuali kos registration tu je tak dikembalikan. Kalau result korang +VE, duit tu tidak dikembalikan. Dalam kepala kami bukan pasal duit tu je tapi benda pentingnya moga result swab test Covid19 ni NEGATIVE! Risau oooo...

Lepas settle semua perkara tu, kami berangkat pulang ke Kampar! Malas nak jalan-jalan sangat musim Covid19 ni... Mencari penyakit namanya!!!

Terima kasih korang semua sudi baca entry kita kali ni. Mohon korang semua doakan agar usaha serta doa kami untuk zuriat kami pada kali ini dipermudahkan, dipermurahkan serta dimakbulkan... Amiiiinnnnn...