Wednesday 28 March 2018

Suka shopping ONLINE?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Nak ajak korang semua JOM SHOPPING di http://ho.lazada.com.my!!!


Sekarang ni ada banyak selected items yang tengah OFFER!!! Memang sangat berbaloi. Even kalau kita walk-in di mana-mana kedai atau farmasi pun belum tentu dapat harga semurah di http://ho.lazada.com.my ni. Percayalah...

Korang sendiri boleh check dan bandingkan harga-harga tu.

Kalau korang kaki shopping online, apa yang selalu korang beli? Di http://ho.lazada.com.my ni ada banyak giler barang untuk memudahkan kerja-kerja shopping korang. Penghantaran nya pun memuaskan. Kalau barang yang di terima ada kerosakan atau salah barang, terus contact pihak http://ho.lazada.com.my, secepat kilat mereka akan gantikan semula...
So korang jangan risau tau!!!








Ini yang selalu kita shopping di lazada.com tau. Korang pula camne?
Selalunya kita shopping barang-barang set kit ni... Senang sikit! Selalunya kita suka try set kit mana-mana brand dulu. So, rugilah kalau beli yang saiz biasa tu kan... Solution nya, kita try set comey-comey ni dulu... Mana nak dapatkan...??? 
Just KLIK je LINK di bawah ni, dan kita bawakan korang semua ke syurga shopping!!!


Selain itu, ada banyak lagi pilihan di sana...
Korang memang takkan menyesal...


Sunday 25 March 2018

Giveaway Hadiah Meletop by Lea Azleeya & Friends

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Jemput semua join GiveAway kawan kita ni http://www.leaazleeya.com . Jom kita hevoc kan lagi GiveAway kawan kita anjurkan kali ini. Sambil-sambil niat meramaikan, sambil-sambil kumpul kawan, manalah tahu ada rezeki menang pula kan...

http://www.leaazleeya.com/2018/03/giveaway-hadiah-meletop-by-lea-azleeya.html?m=1

Selamat mencuba semua...

Monday 19 March 2018

BEST DEAL di Mandarin Oriental KL dengan TRAVELOKA!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Tajuk macam gah kan, biasalah zaman-zaman sekarang kena letak tajuk yang boleh buatkan orang nak baca. Ni semua skill sebagai seorang penulis, kan dah jadi poyo kita nie... Heheheheh...
Korang tau "Apa itu Mandarin Oriental?". Bukan buah oren atau limau tau, so jangan korang asyik ingat nak makan je. Ni kita nak citer tempat yang best nak stay atau bercuti di tengah-tengah town KL ni.
Hotel Mandarin Oriental ni betul-betul dekat dengan KLCC yang menjadi salah satu mercu tanda dan lambang kemegahan Malaysia. So korang patut berbangga dapat jadi pelanggan untuk hotel yang jiran dia KLCC ni. Kalau rasa nak pergi ke KL ni jauh dan traffic jammed yang tak pernah habis, korang tidur la kat sini semalam dua untuk dapat pengalaman yang sangat awesome. Kenapa awesome agak-agaknya?


First sekali Mandarin Oriental ni sangat pentingkan kualiti so korang bayangkan camne servis diorang selepas korang melangkah masuk ke lobby. The front desk will welcome you with a sweet smile, dan sedia untuk tolong korang.

Bilik-bilik yang ada di hotel ini sangat selesa dan besar dengan berkonsepkan kemewahan. This place will be your runaway place dalam KL. Kat sini korang boleh dapat semula semangat untuk hadap perjalanan kehidupan yang penuh dengan rintangan ini. Chewaah.. jadi ahli falsafah pula kita ni. Hehehehehe...
Dah tengah syok menulis korang kena layan je la ye. Besides that sini ada swimming pool untuk korang dan juga anak-anak, anak buah or adik kecik. The swimming pool is a fun place untuk kids don’t you agree? Kita pun pernah jadi budak kecik dulu so I know better..!


Untuk korang yang betul betul nak jadikan hotel ni sebagai getaway korang, sini ada Spa dan sauna untuk korang relax dan rejuvenate. I'm telling u guys, service di sini sangat puas hati, and kalau korang tanya 100 orang yang pernah stay di hotel ni pun feedback yang korang akan dapat is amazing. Sesuai untuk orang KL, Selangor or any Malaysian. Berbalik kepada staff tadi korang tau tak staff front desk dia boleh communicate dalam lebih dari satu bahasa. So easy kalau korang ada friends from oversea yang nak stay di sini. Excellent!


For penggemar sports, sini ada tennis court untuk korang rabakkan. Hehehehe... Janganlah rabak betul-betul tapi make use of the fasilities. Selain tu fitness centre dia kalau kita nak citer, fuhhh, alaaa korang pergilah check it out nanti. Selain itu, di hotel ni ada coffee shop kalau korang rasa nak relax layan kopi sambil dengar muzik yang relaxing. Banyak betul kita pakai perkataan relax ni kan but that is the fact. Relaxing in busy city is possible. Macam slogan la pulak kan?


Mandarin Oriental juga adalah lokasi yang stretegik untuk korang buat wedding event di sini. They have expertise yang sanggup bantu korang untuk manage a wedding reception. U guys just perlu make an enquiry dan bagi details wedding macam mane yang korang nak buat. Easy access juga untuk tetamu korang nak datang and of course kalau rasa diorang belum beli hadiah, suggestkan diorang untuk singgah ke KLCC terus kan senang. Untunglaa... (tangan atas kepala, mata ke atas...hehehehe)


And for company bosses, Mandarin Oriental is a place that kalau korang plan taknak buat kursus jauh jauh luar KL or your staff ada kerja so nak dekat dengan office. Hotel ni ada facilities macam conference room, so any event pertaining your company, I extremely advice, buat kat sini. With the good price you guys will berpuas hati dengan servis yang diberikan hotel ni.

And for your info, sini juga ada childcare yang korang boleh tumpangkan anak-anak korang. But this childcare kena bayar la kan, mana ada benda free lagi kat dunia ni. Hehehehe... So parents, this is your time to enjoy your freetime without your kids, but I think tak sampai sejam mesti korang rindukan anak korang kan? Hehehe... jangan tipu... Hehehhe... Anyway surf Traveloka untuk tau deals on Mandarin Oriental Kuala Lumpur yang menarik.

Mandarin Oriental KL Mercu Tanda Malaysia.

Have fun uallssss...

Saturday 17 March 2018

Ini jawapan kita...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Korang dah baca kan entry kita sebelum ni Apa Pendapat Korang? . Just ada sorang je berbalas pendapat dengan kita dalam ruangan komen entry. Terima kasih sangat-sangat respond pada entry kita. Insya Allah nanti kita review blog HANS

Ada juga yang respond direct dengan kita melalui Page FB dan WhatsApp. Tapi untuk review kali ni kita ambik dari blogger. Jangan marah ek...

Untuk pendapat kita bagi statement :-

"Untunglah suami isteri bekerja. Kalau campur dua-dua gaji, confirm berlambak gaji tu. Agaknya just guna gaji suami je untuk belanja, gaji isteri sampai sekarang tak guna.. Lainkan macam kami yang hanya suami bekerja, dapat gaji pun tak cukup! Nak beli barang pun kena berkira-kira. Nak berjalan-jalan apatah lagi. Itu belum nak buat saving lagi..."

Ini jawapan dan pendapat IKHLAS serta JUJUR dari kita...

"Kalau secara logiknya, suami isteri bekerja kerana mereka perlu bekerja bagi menampung belanjawan harian serta bulanan mereka. Kalau seorang je bekerja, mungkin akan ada masalah dalam belanjawan mereka. Sebabnya sekarang ni semuanya perlukan duit even masuk tandas sekalipun! So, kalau just suami je bekerja & isteri jadi suri rumah sepenuh masa, camne pulak keadaannya? Seakan-akan mereka mampu dengan hanya seorang sahaja bekerja. Itu secara logiknya lah...
Saya dulu memang bekerja tapi berhenti kerja atas sebab-sebab yang tertentu. Memang agak sempit la keadaan kami pada masa tu. Nak beli barang, bercuti pun fikir banyak kali. Untuk bantu kewangan kami, saya belajar buat kuih, menjahit & business online! Berbekalkan modal suami bagi RM 50.00, saya start berniaga. Memang penat tapi alhamdulillah mampu bertahan. Sebolehnya kami tidak mahu meminjam duit sesiapa kerana kami pernah lalui pengalaman perit kerana meminjam duit orang tertentu. Sejak dari itu, memang kami takkan pinjam duit sesiapa!
Hampir 4 tahun tidak bekerja, hanya tumpu pada business online + jual kuih + jual keropok + menjahit, saya terima tawaran bekerja di sebuah syarikat di bawah kerajaan negeri. Memamg syukur sangat-sangat! Menangis kot!!! So, dari situ kami manage balik belanjawan & simpanan kami. Sebabnya kami sentiasa bersedia jika somethings berlaku, sekurang-kurangnya kami ada simpanan. Dari situ juga kami manage hidup kami. Maybe dari cara kami orang nampak kami hidup senang, tiada masalah duit sebabnya kami berdua bekerja. Tapi Allah s.w.t sahaja yang tahu & korang semua tak perlu tahu susah senang kami..."

Harapnya jawapan kita ni sedikit sebanyak dapat memberi gambaran kepada korang semua. Macam kita bagitahu sebelum ni, Orang Lain Tidak Perlu Tahu Susah Senang Kita... 
Sebab itulah kita hanya diam dan senyum je bila sahabat kita tu keluarkan statement macam tu. Cuma kadang kala runsing juga bila di sebut 2,3 kali...

Itu je kita nak ngomel...

Thursday 15 March 2018

Al-Fatihah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...


Apa khabar sahabat semua. Untuk entry kali ni kami mohon jasa baik sahabat semua sedekahkan AL-FATIHAH kepada arwah ayah adik ipar kami, En. Sukeri. Ayah mertua kepada adik kami yang baru menikah baru-baru ni. Arwah meninggal akibat serangan jantung!
Semoga arwah di tempatkan bahagia bersama-sama penghuni syurga...
Ameeennnn...


~~ AL-FATIHAH~~


Tuesday 13 March 2018

Kek PERCUMA Selama Setahun..

Assalamualaikum  & Selamat Sejahtera...

Baru-baru ni kita macam biasa la selongkar INSTAGRAM kita.  Sekali jumpa OFFER baik ni. Terus terbayang banyak kek-kek berterbangan giteww!!! 
So,kita nak share & ajak korang semua join Offer ni.  Ini bukan iklan berbayar kita tau.  Saje nak share benda baik jer... 
Korang ikut kan step By step ni tau... Senang je... 
Manalah tau kalau-kalau rezeki korang dapat KEK PERCUMA SELAMA SETAHUN tu, berkongsi lah dengan insan tersayang & yang memerlukan... 



Step 1

Step 2


Step 3


Step 4


Step 5


Step 6


Step 7

Step 8



Step 9



Step 10



Step 11



Step 12


Ada 12 step semuanya. Senang je sebenarnya.  Korang just follow je step tu. Then abis semua tu, korang just reply je whatsApp tu... 
Senang sangat... 

So, korang semua... Selamat mencuba... 
Manalah tahu rezeki korang kali ni... 


Monday 12 March 2018

Give Away By LubukSeni.com

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Kali ini, Lubuk Seni buat giveaway lain machiam sikit. Syaratnya dah la super-duper senang. Hadiah bernilai RM200 pulakk tu! Wahh teruja sangatt sebab hadiah lumayan, ramai berpeluang menang.
Berminat nak join, klik je gambar bawah ni ya!
top commentor _ giveaway - lubukseni dotcom
Bukan tu saja, berbaloi singgah LubukSeni.com sebab banyak idea kalerful. Sebagai terapi minda, blog ni sangat memberi manfaat kepada peminat seni. Antara topik menarik blog ni ialah:
Dah alang-alang singgah, jom FOLLOW Blog Lubuk Seni sebab diorangg rajin buat giveaway. Next giveaway 1 April ni. Setiap bulan ada hadiah best tau, stay tunedd!





Thursday 8 March 2018

Selamat Hari WANITA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Hari ni kita malas nak taip banyak-banyak..
Sebab hari ni hari special untuk semua WANITA
(^_^)


Apa plan korang sempena hari special ni?
Semoga kaum Hawa akan terus success dan berjaya di dunia dan di akhirat sana... Insya Allah...




Saturday 3 March 2018

Apa pendapat korang?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Malam ni kita nak share something sambil-sambil nak minta pandangan korang sekali. Sebenarnya kita dah banyak kali dapat statement ni. Kadang kala kita buat dekkkk je tapi bila dah kerap sangat di utarakan pada kita, so satu perasaan meluat dan menyampah muncul lak... Bosan!!!

Statement tu berbunyi lebih kurang macam ni :-

"Untunglah suami isteri bekerja. Kalau campur dua-dua gaji, confirm berlambak gaji tu. Agaknya just guna gaji suami je untuk belanja, gaji isteri sampai sekarang tak guna.. Lainkan macam kami yang hanya suami bekerja, dapat gaji pun tak cukup! Nak beli barang pun kena berkira-kira. Nak berjalan-jalan apatah lagi. Itu belum nak buat saving lagi..."

Sebelum kita share jawapan dan pendapat kita, sudilah sekiranya sahabat semua utarakan pendapat korang juga. 
Insya Allah, entry akan datang kita akan share jawapan dan pendapat kita. Dah siap taip dah, simpan dalam draf. Tunggu nak publish je...