Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Korang dah baca kan entry kita sebelum ni Apa Pendapat Korang? . Just ada sorang je berbalas pendapat dengan kita dalam ruangan komen entry. Terima kasih sangat-sangat respond pada entry kita. Insya Allah nanti kita review blog HANS .
Ada juga yang respond direct dengan kita melalui Page FB dan WhatsApp. Tapi untuk review kali ni kita ambik dari blogger. Jangan marah ek...
Untuk pendapat kita bagi statement :-
"Untunglah suami isteri bekerja. Kalau campur dua-dua gaji, confirm berlambak gaji tu. Agaknya just guna gaji suami je untuk belanja, gaji isteri sampai sekarang tak guna.. Lainkan macam kami yang hanya suami bekerja, dapat gaji pun tak cukup! Nak beli barang pun kena berkira-kira. Nak berjalan-jalan apatah lagi. Itu belum nak buat saving lagi..."
Ini jawapan dan pendapat IKHLAS serta JUJUR dari kita...
"Kalau secara logiknya, suami isteri bekerja kerana mereka perlu bekerja bagi menampung belanjawan harian serta bulanan mereka. Kalau seorang je bekerja, mungkin akan ada masalah dalam belanjawan mereka. Sebabnya sekarang ni semuanya perlukan duit even masuk tandas sekalipun! So, kalau just suami je bekerja & isteri jadi suri rumah sepenuh masa, camne pulak keadaannya? Seakan-akan mereka mampu dengan hanya seorang sahaja bekerja. Itu secara logiknya lah...
Saya dulu memang bekerja tapi berhenti kerja atas sebab-sebab yang tertentu. Memang agak sempit la keadaan kami pada masa tu. Nak beli barang, bercuti pun fikir banyak kali. Untuk bantu kewangan kami, saya belajar buat kuih, menjahit & business online! Berbekalkan modal suami bagi RM 50.00, saya start berniaga. Memang penat tapi alhamdulillah mampu bertahan. Sebolehnya kami tidak mahu meminjam duit sesiapa kerana kami pernah lalui pengalaman perit kerana meminjam duit orang tertentu. Sejak dari itu, memang kami takkan pinjam duit sesiapa!
Hampir 4 tahun tidak bekerja, hanya tumpu pada business online + jual kuih + jual keropok + menjahit, saya terima tawaran bekerja di sebuah syarikat di bawah kerajaan negeri. Memamg syukur sangat-sangat! Menangis kot!!! So, dari situ kami manage balik belanjawan & simpanan kami. Sebabnya kami sentiasa bersedia jika somethings berlaku, sekurang-kurangnya kami ada simpanan. Dari situ juga kami manage hidup kami. Maybe dari cara kami orang nampak kami hidup senang, tiada masalah duit sebabnya kami berdua bekerja. Tapi Allah s.w.t sahaja yang tahu & korang semua tak perlu tahu susah senang kami..."
Harapnya jawapan kita ni sedikit sebanyak dapat memberi gambaran kepada korang semua. Macam kita bagitahu sebelum ni, Orang Lain Tidak Perlu Tahu Susah Senang Kita...
Sebab itulah kita hanya diam dan senyum je bila sahabat kita tu keluarkan statement macam tu. Cuma kadang kala runsing juga bila di sebut 2,3 kali...
Itu je kita nak ngomel...
Setuju sangat dengan pendapat munirah ini.. setiap pasangan/keluarga ada kesusahan sendiri.. Takkan kemana kalau dicanang kesusahan itu sebaliknya mendapat kejian je nanti.. Kalau pasangan/keluarga tu nampak senang, tahukan kita kesusahan mereka? statement itu keluar kerana tidak ada perasaan bersyukur..
ReplyDeletekan...kadang2 orang paham tapi saje buat tak paham... sabar je lah kita ni sebab nak elak bermasam muka sesama kawan sekerja. tapi dalam sabar tu, ada batasnya juga...
Delete