Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Friday, 3 April 2020

BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua? Kita sudah berada pada hari ke-3 untuk 2nd PKP! Buat pengetahuan korang semua, setakat ini kes positif COVID19 sudah mencecah 3,333 kes! Tinggi tu... Penambahan 3 kematian guysss... Bukan 1 angka yang boleh dibanggakan! 
Diharap korang semua dapat memberi kerjasama dengan kerajaan dan juga Frontliner kita. Insya Allah...

Sepertimana semua tahu, tempoh hari Perdana Menteri kita sudah umumkan berkaitan dengan BANTUAN PRIHATIN NASIONAL kan? Korang yang mana dah terima BSH sebelum ni, maybe tiada apa-apa masalah. Tapi yang belum pernah terima dan LAYAK untuk menerima BPN 2020 kali ni, boleh start membuat permohonan baru pada 01 April 2020. Kita nak share sikit step untuk rujukan korang...

Langkah 1 :
Kena tahu kelayakkan anda memohon kategori mana. B40 ker? M40 ker? Bujang berusia 21 tahun dan berpendapatan RM2000 kebawah ker? Saya tak tahu status anda...
Contoh yang saya bagi ni adalah M40 yg tak pernah register ke LHDN (sebab pendapatan boleh cukai tak capai tahap perlu bayar cukai pendapatan)

Langkah 2 :
Sila layari laman web www.hasil.gov.my

Langkah 3 :
Pilih "Bantuan Prihatin Nasional" - saya bulatkan warna merah.

Langkah 4 :
Masukkan nombor Kad Pengenalan.
Selepas tu akan muncul kod "CAPTCHA" Masukkan kod captcha tersebut.
*rujuk gambar Langkah 4a

Langkah 5 :
Oleh kerana saya tidak pernah daftar ke LHDN, laman web memaparkan kenyataan "Tiada Rekod. Sila klik butang pemohonan baru"
Kemudian klik butang PERMOHONAN BARU

Langkah 6 :
Isikan data-data permohonan tersebut.
Hantar langkah 6a,6b,6b,6c dan 6d

Sila sediakan :
-Nombor IC pemohon dan ahli keluarga semua
-Nombor Akaun Bank pemohon dan pasangan
-Jumlah pendapatan kasar isi rumah
-Tarikh Kahwin

Langkah 7 :
Selepas siap hantar, Anda boleh buat pilihan untuk CETAK dan sambung seterusnya ke proses "MENDAFTAR AKAUN BAGI TUJUAN LOG MASUK"











Semoga apa yang kami share ni dapat dijadikan sedikit sebanyak rujukan kepada korang semua. Apa yang baik kita share, apa yang buruk kita mohon jauhkan...
STAY AT HOME guysss...
Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t
Amiiiinnnnn...

Monday, 2 April 2018

Cara terbaik UPGRADE SAVING & INVESTMENT!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Apa khabar sahabat semua? Sebelum ni kita ada update tentang ada seorang hamba Allah s.w.t ni yang kerap kali keluarkan statement yang membuatkan kita serabut untuk dengar.  So, hari ni kita decide untuk share dengan korang salah satu cara kita buat SAVING dan INVESTMENT yang tidak menyusahkan serta membebankan belanjawan bulanan kita... Insya Allah... Manalah tahu apa yang kita share ni boleh bantu korang semua juga seperti mana ianya membantu kami...

Kalau korang nak buat SAVING ataupun INVESTMENT, korang wajib pastikan personal in charge korang tu betul-betul boleh di harapkan untuk consult korang, update apa-apa yang terkini & sentiasa ringan mulut untuk bertanya khabar... Dan rezeki kita bila berjumpa dengan EN. MARWAN FIKRI BIN MUSTAFAR ni... 

Cukup berpengetahuan dalam upgrade SAVING & INVESTMENT korang.  Memang cukup menitik berat kan setiap client nya... Dan 1 lagi perkara penting, En. Marwan Fikri Bin Mustafar ni bukan jenis memaksa ataupun menekan diri korang untuk berurusan dengannya. Nak jumpa & dengar dulu pun boleh... 



Untuk pengetahuan korang, kami suami isteri 200% telah menggunakan khidmat beliau untuk SAVING & INVESTMENT demi masa depan kami. Almaklumlah, masa depan kita tak mampu meramal kan... Sebenarnya ada pelbagai cara, tapi kami memilih untuk menggunakan 2 cara. Iaitu suami kita memilih cara KWSP (Akaun 1)... Manakala kita pula memilih cara CASH! Alhamdulillah, hingga kini langsung tidak mengganggu duit poket bulanan kami..

Mesti korang pening kan, camne pulak nak upgrade SAVING & INVESTMENT menggunakan Akaun 1 KWSP? Bukan ke kita tak boleh usik duit itu selagi umur belum sampai 55 tahun ke atas... Nak tahu kan? Terus je contact :-

En. MARWAN FIKRI BIN MUSTAFAR
TELEFON/WHATSAPP : 013-270 4243
EMAIL : marwanfikri86@gmail.com
Facebook : Marwan Fikri

Kalau korang nak adakan talk berkaitan dengan SAVING & INVESTMENT ini di company korang pun boleh direct contact beliau. Dengan lapang dadanya beliau dan team akan terima. Team mereka memang sangat berpengalaman. Apa kemusykilan korang boleh direct tanya.

Erm..kita nak pesan sesuatu sebelum entry kali ni kita tutup. Korang jangan pula email/whatsApp kita pula tanya pasal saving & investment thru CWA ni. KIta hanya share apa perkara terbaik kita dah dapat melalui CWA ni & siapa person in charge terhebat kita ni. Kalau nak tahu lebih detail demi simpanan masa tua korang, boleh terus contact :-


En. MARWAN FIKRI BIN MUSTAFAR
TELEFON/WHATSAPP : 013-270 4243
EMAIL : marwanfikri86@gmail.com
Facebook : Marwan Fikri


Monday, 19 March 2018

BEST DEAL di Mandarin Oriental KL dengan TRAVELOKA!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Tajuk macam gah kan, biasalah zaman-zaman sekarang kena letak tajuk yang boleh buatkan orang nak baca. Ni semua skill sebagai seorang penulis, kan dah jadi poyo kita nie... Heheheheh...
Korang tau "Apa itu Mandarin Oriental?". Bukan buah oren atau limau tau, so jangan korang asyik ingat nak makan je. Ni kita nak citer tempat yang best nak stay atau bercuti di tengah-tengah town KL ni.
Hotel Mandarin Oriental ni betul-betul dekat dengan KLCC yang menjadi salah satu mercu tanda dan lambang kemegahan Malaysia. So korang patut berbangga dapat jadi pelanggan untuk hotel yang jiran dia KLCC ni. Kalau rasa nak pergi ke KL ni jauh dan traffic jammed yang tak pernah habis, korang tidur la kat sini semalam dua untuk dapat pengalaman yang sangat awesome. Kenapa awesome agak-agaknya?


First sekali Mandarin Oriental ni sangat pentingkan kualiti so korang bayangkan camne servis diorang selepas korang melangkah masuk ke lobby. The front desk will welcome you with a sweet smile, dan sedia untuk tolong korang.

Bilik-bilik yang ada di hotel ini sangat selesa dan besar dengan berkonsepkan kemewahan. This place will be your runaway place dalam KL. Kat sini korang boleh dapat semula semangat untuk hadap perjalanan kehidupan yang penuh dengan rintangan ini. Chewaah.. jadi ahli falsafah pula kita ni. Hehehehehe...
Dah tengah syok menulis korang kena layan je la ye. Besides that sini ada swimming pool untuk korang dan juga anak-anak, anak buah or adik kecik. The swimming pool is a fun place untuk kids don’t you agree? Kita pun pernah jadi budak kecik dulu so I know better..!


Untuk korang yang betul betul nak jadikan hotel ni sebagai getaway korang, sini ada Spa dan sauna untuk korang relax dan rejuvenate. I'm telling u guys, service di sini sangat puas hati, and kalau korang tanya 100 orang yang pernah stay di hotel ni pun feedback yang korang akan dapat is amazing. Sesuai untuk orang KL, Selangor or any Malaysian. Berbalik kepada staff tadi korang tau tak staff front desk dia boleh communicate dalam lebih dari satu bahasa. So easy kalau korang ada friends from oversea yang nak stay di sini. Excellent!


For penggemar sports, sini ada tennis court untuk korang rabakkan. Hehehehe... Janganlah rabak betul-betul tapi make use of the fasilities. Selain tu fitness centre dia kalau kita nak citer, fuhhh, alaaa korang pergilah check it out nanti. Selain itu, di hotel ni ada coffee shop kalau korang rasa nak relax layan kopi sambil dengar muzik yang relaxing. Banyak betul kita pakai perkataan relax ni kan but that is the fact. Relaxing in busy city is possible. Macam slogan la pulak kan?


Mandarin Oriental juga adalah lokasi yang stretegik untuk korang buat wedding event di sini. They have expertise yang sanggup bantu korang untuk manage a wedding reception. U guys just perlu make an enquiry dan bagi details wedding macam mane yang korang nak buat. Easy access juga untuk tetamu korang nak datang and of course kalau rasa diorang belum beli hadiah, suggestkan diorang untuk singgah ke KLCC terus kan senang. Untunglaa... (tangan atas kepala, mata ke atas...hehehehe)


And for company bosses, Mandarin Oriental is a place that kalau korang plan taknak buat kursus jauh jauh luar KL or your staff ada kerja so nak dekat dengan office. Hotel ni ada facilities macam conference room, so any event pertaining your company, I extremely advice, buat kat sini. With the good price you guys will berpuas hati dengan servis yang diberikan hotel ni.

And for your info, sini juga ada childcare yang korang boleh tumpangkan anak-anak korang. But this childcare kena bayar la kan, mana ada benda free lagi kat dunia ni. Hehehehe... So parents, this is your time to enjoy your freetime without your kids, but I think tak sampai sejam mesti korang rindukan anak korang kan? Hehehe... jangan tipu... Hehehhe... Anyway surf Traveloka untuk tau deals on Mandarin Oriental Kuala Lumpur yang menarik.

Mandarin Oriental KL Mercu Tanda Malaysia.

Have fun uallssss...

Saturday, 3 March 2018

Apa pendapat korang?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Malam ni kita nak share something sambil-sambil nak minta pandangan korang sekali. Sebenarnya kita dah banyak kali dapat statement ni. Kadang kala kita buat dekkkk je tapi bila dah kerap sangat di utarakan pada kita, so satu perasaan meluat dan menyampah muncul lak... Bosan!!!

Statement tu berbunyi lebih kurang macam ni :-

"Untunglah suami isteri bekerja. Kalau campur dua-dua gaji, confirm berlambak gaji tu. Agaknya just guna gaji suami je untuk belanja, gaji isteri sampai sekarang tak guna.. Lainkan macam kami yang hanya suami bekerja, dapat gaji pun tak cukup! Nak beli barang pun kena berkira-kira. Nak berjalan-jalan apatah lagi. Itu belum nak buat saving lagi..."

Sebelum kita share jawapan dan pendapat kita, sudilah sekiranya sahabat semua utarakan pendapat korang juga. 
Insya Allah, entry akan datang kita akan share jawapan dan pendapat kita. Dah siap taip dah, simpan dalam draf. Tunggu nak publish je...

Saturday, 24 February 2018

Tips Cuci Botol Susu untuk Traveller...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Hari ni kami google & search then kami terpaut hati pula dengan tips cuci botol susu untuk traveller. Best jugak...
Boleh simpan dalam Blog ni dulu. Manalah tahu jika ada rezeki zuriat kami nanti, ini dah siap-siap simpan dah...

Jom kita tengok...


1. Sebaiknya jangan sampai bekas susu tu dah berkerak dan basi baru nak cuci. Paling bagus cuci sebelum timbul bau yang tak best

2. Gunakan 50% beras + 50% garam sebagai bahan untuk gantikan berus botol susu tu


3. Masukkan campuran tadi tu dan air panas ke dalam botol susu

4. Goncang je sampai dah yakin semua bekas susu tu dah terhakis semua

Ajaibnya memang sampai ke dasar botol tu cuci dan bersih! Jadi lepasni tak payah bawak berus dan sabun pencuci botol susu dah.

Very simple kan... Tak payah nak pening-pening!
Sudi-sudilah share...

Saturday, 4 November 2017

6 Makanan Salah TIming Makan!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Hari ni birthday kita...hehehehehe...
"Selamat Hari Lahir Eira !!!"
(^-^)  (^-^)

Sambutan??
Erm...biasa-biasa je...
Tak boleh nak plan apa-apa sangat. Hanya mengikut perancangan orang lain!
hehehehehe...

Kita nak share benda simple je ni.. Jumpa info ni di dalam Facebook seseorang. Rasanya dah ramai yang share. Tapi takpelah, kita nak share juga

 6 Makanan Yang Kita Makan Pada Waktu Salah Yang Boleh Memudaratkan Kita.


Tuesday, 18 July 2017

Kek Puding Gula Hangus

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Hari ni kita dapat jumpa lagi di ruangan Blog ni. Maaflah, kita takde masa sangat nak selalu update Blog macam dulu. Tanggungjawab bertambah. Ada perkara lain perlu di dahulukan.
 

Kalau korang selalu follow FB kita ( https://www.facebook.com/munirah.mustafar ), ada beberapa hari lepas kita ada update tentang KEK PUDING GULA HANGUS simple yang kita buat sendiri ualllssss...!!! Ramai yang minta resipi, termasuklah Emak kesayangan kita tau!!! So, hari ni kita nak share dengan korang... Di harap dapat membantu...


 

Ini gambar dari FB kita https://www.facebook.com/munirah.mustafar
 

Resipi kita simple je tau...
 

(A) Karamel/Gula Hangus
  • Gula dalam 3 sudu kot... Kita letak je dalam acuan kita then letak atas dapur.
  • Depend pada korang la nak banyak mana. Tapi kalau boleh elakkan terlalu manis.
  • Korang control api & jangan hangus sangat gula tu sebab nanti pahit pula. Tak sedap!!
  • Ala-ala keperangan sikit, then tutup api. Pastikan gula tu meliputi (chewahhh!!!) setiap ruang acuan.

(B) Puding.
  • Susu cair/Susu Segar (biasanya kita ambik 1 tin terus, dalam 400ml) + 2 @ 3 biji telur + 2 @ 3 sudu gula + esen vanila sikit.
  • Semua bahan atas tu, korang masukkan dalam Blender then blend...
  • Then, korang boleh tuang dalam adunan yang ada gula hangus tadi. Tapi pastikan korang tapis dulu tau. 

(C) Kek Span.
  • 2 biji telur (asingkan telur putih & telur kuning)
  • Korang pukul telur putih + 30g gula hingga betul-betul kembang.
  • Pukul dalam bekas berasingan telur kuning + 30g gula hingga kembang.
  • Then campurkan dua adunan telur tu dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  • Masukkan mentega (dicairkan terlebih dahulu) & kacau
  • Masukkan tepung gandum (70gram) & kacau
  • Then korang bahagikan aduanan ikut berapa warna korang nak buat.
  • Settle warnakan adunan, then korang just tuangkan selang seli dalam adunan puding tu.
  • Adunan kek akan terapung di atas adunan puding tadi. So, korang tak perlu risau!
  • Lastly, korang kukus lah hingga masak... Settle!!!







Tada...!!!!! Jadilah...
Oklah, boleh cuba tau... Senang je kan??
Insya Allah kita jumpa di entry akan datang pula...
Kalau korang pun ada resipi simple, share-share la dengan kita...

Friday, 19 May 2017

Cara mudah HAFAL SIFIR!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Zaman hafal sifir time sekolah dulu memang agak mencabar la. Kita pun pernah kena denda berdiri atas kerusi sebabnya lambat jawab sifir...hehehehe... Tapi bagus juga cara cikgu denda tu sebabnya lepas itu kepala ni ligat je bila di tanya pasal sifir (sekarang start tercungap-cungap balik!)

Sebenarnya kita ada tips/formula cara mudah HAFAL SIFIR. Kita jumpa di Facebook! Dah save siap-siap tapi lupa pulak dari sumber facebook siapa kita ambik. Mohon empunya facebook halalkan ek...

Pada korang yang nak ajar anak-anak atau adik-adik korang, boleh try cara ni.

Caranya :-
1 - tulis angka warna BIRU dulu
2 - kemudian tulis angka warna MERAH
(sesetengah sifir guna angka warna merah dulu sebab ikut patern susunan nombor)










Bijak kan?
Benda yang baik perlu di kongsi bersama! Chewahhhh...
Anyway, terima kasih sudi baca entry kita pada hari ini...

Saturday, 25 February 2017

Apa itu TEKANAN DARAH TINGGI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Kita sebenarnya tengah rushing, ada kerja luar sikit. Tapi bila dok jenguk-jenguk FB jap then terbaca post dari Parent kita. So, just nak share dengan korang sikit berkaitan dengan Tekanan Darah Tinggi ni..
Moga-moga ada manfaat untuk semua...


Wednesday, 15 February 2017

Bayar PTPTN melalui JomPay

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua sahabat Blogger kita? Alhamdulillah kita masih di beri kekuatan & kudrat serta peluang untuk meneruskan saki baki hidup kita. Untuk kita lebih menghargai serta menghambakan diri kita kepadaNya...

Tempoh hari kita ada share tentang luahan perasaan kita berkaitan PTPTN kan? So, hari ni kita just nak share (sambil-sambil save) step untuk membuat bayaran PTPTN melalui JomPay. Semoga bayaran kita tiap-tiap bulan ni, cepat, tulus serta mulus update dalam sistem PTPTN..! Janganlah kita dah bayar 27hb tapi masuk 1hb still belum update!!! Itu namanya memang agak melampau lah kan..

Dah la, malas kita nak taip panjang-panjang. Ni step yang PTPTN keluarkan sendiri. Kita copy paste & share ngan korang semua...





Ini sahaja stepnya. Semua copy paste dari laman web PTPTN..

Semoga dapat membantu korang semua juga bagi melangsaikan hutang dengan PTPTN ni...
Insya Allah, kita jumpa pada entry akan datang pula...

Sunday, 28 August 2016

Tips TerBAIK

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Erm...kejap kejap je kita dapat nak update Blog. Insya Allah kita akan cuba manage masa kita dengan kerja utama & kerja sampingan ini. Memang agak susah sikit nak manage masa buat masa ni tapi kita cuba usahakan.

Business online kita pun ngah on the way di selenggara serta di naik taraf kepada yang lebih baik. Sambil-sambil kita nak buat 1 lagi business baru. Itu masih lagi dalam perbincangan lah. Cuma business baru ni tidak melibatkan business online kita lagi.

Okeylah, kita nak share sedikit tips & teknik urutan untuk beberapa masalah badan yang kita jumpa di Facebook. Dah ramai yang share di Facebook so kita nak share di Blog comey kita ni pula...














Semoga bermanfaat kepada kita semua (^_^)