Friday 18 February 2022

TTC Journey - Alergic ubat guysss!!!

 (03 Julai 2020)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, kita dah settle kes operation buang polips dan laparscopic! Kami tidak terus balik tetapi singgah kedai makan bersama adik kami yang tinggal di Selangor. Ubat bius dah start habis dan tempat operation dah mula meninggalkan tanda-tanda sakitnya. Tapi yang paling kita tak tahan bukannya sakit dari kesan operation tu tetapi timbul isu baru. Ada tompok-tompok merah dan biji-biji kecik di belakang badan kita! Memang rasa sangat tidak selesa terutama kalau kita berpeluh. Kita siap minta suami belikan bedak untuk disapu ke tempat gatal-gatal.

Untuk hilangkan stress dengan rasa gatal-gatal dan pedih tu, kita paksa diri tidur. Suami kita memang tak senang duduk la. Almaklumlah, menanggung sakit sebab baru lepas operation then menanggung gatal-gatal tu pula. Tompokan merah semakin menimbul. Lastly suami ambik gambar tempat tompokan tu dan email kepada Doktor Norazlin. Kami terus balik ke Kampar, Perak.

Sepanjang perjalanan tu suami kita memang drive slow sebab kualiti jalan di Malaysia ni tak berapa ok kan... So hentakan tu membuatkan kita rasa ngilu-ngilu kat tempat kena operation tu. Ubat yang doktor bagi kita makan macam biasa tapi gatal-gatal tu agak luar biasa ye tuan puan!!! Memang memeritkan... Kita dah stress lain macam... Then sampai je Pekan Kampar, kami decide untuk ke Poliklinik Azhar.

Doktor Poliklinik Azhar tengok je tempat tompokan merah dan gatal tu. Die cakap macam alergic ubat tapi macam pelik pun ada sebab sepatutnya alergic ubat akan ada tompokan merata diseluruh badan tetapi kita kena hanya dibahagian belakang badan tempat tertentu sahaja. Maybe tempat lapik katil hospital ataupun kulit kita tak boleh matching dengan lapik yang hospital sediakan! Maybe lah... Tapi doktor tetap bagi ubat makan dan sapu!

Sampai dirumah, baru dapat email balas dari Doktor Norazlin. Doktor cakap maybe alergic ubat so stop makan dua-dua ubat yang hospital bekalkan. Kami ambik gambar ubat yang kami terima dari Poliklinik Azhar dan Doktor Norazlin benarkan kita makan ubat tu. Alhamdulillah, lega sikit...

Lama juga menanggung gatal-gatal tu tapi takdelah sampai 1 bulan. Cumanya meninggalkan parut sampai sekarang la... Tapi kita rasa kita bukannya alergic ubat tapi kita alergic pada tempat lapik kapas katil hospital tu. Yang penting sekarang semuanya dah settle! Adalah pengalaman kita. 1st time merasa kena operate, merasa masuk bilik bedah, merasa kena bius... Sampai sekarang masih jelas dalam ingatan ni...

Chewaaahhhhh...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen di sini...
Insya Allah sepantasnya kita Blogwalking ke Blog awk pula...
Thanks a lot!