Showing posts with label Paintball. Show all posts
Showing posts with label Paintball. Show all posts

Monday, 5 August 2019

PaintBall di Sungai Petani

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa program korang hujung minggu ni? Alhamdulillah, untuk minggu ni kita busy sikit dengan kerja-kerja part time suami kita sebagai emcee... Then join event kelab & sukan suami kita... Boleh di katakan tiap hujung minggu kami ada program!


Termasuklah program paintball yang semakin mendapat tempat di hati ank muda sekarang...

Entry sebelum ni kita ada update gak pasal paintball gak. Korang jangan lupa baca gak tau. Penat kita tulis entry...heheehhe... Kali ni tulis entry dalam keadaan demam! Memang ngah musim demam kan...

Event PaintBall kali ni kami join di Sungai Petani. Paintball anjuran Askar Wataniah dari Telekom Malaysia Berhad. Suami kita person in charge!!! Kita jadi PA je... Sambil-sambil kita kutip pengalaman...






Smart je nampak bila bersusun macam ni kan? Geram pula rasa nak join main..
Kami gerak dari Perak pada petang Jumaat then tidur di Kedah. Sebabnya pagi-pagi sabtu tu suami nak kena setting event dia. Nasib baik ada budget hotel. Malas nak bazir duit tidur di hotel mewah-mewah sangat sebab just 1 malam je, itu pun check in dalam 8 malam then awal-awal pagi dah check-out!

Kita share gambar-gambar semasa berlangsungnya acara tau. Tak banyak pun gambar tapi adalah juga untuk share pada korang semua.. Untuk simpanan juga dalam entry kita ni.
















Event tamat lebih kurang jam 1.30 tengahari. Habis je event, kami gerak ke IKEA pulakk... Alang-alang dah ada area sana kan. Bukan selalu pun dapat jalan-jalan dalam IKEA. Kita takdelah shopping sakan. Just jamu mata je, sambil-sambil ambik idea untuk deco rumah sendiri.



Lastly, kita payung gambar kita lengkap berpakaian peserta Paintball... Best giler!!!! Walaupun tumpang orang lain punya!



Alhamdulillah, games hari itu berlangsung dengan ceria dan saksama... Semua orang happy dapat main paintball sampai lebam-lebam! Puas hati... Semua balik dengan gembira dan penat! Kami pun happy jugak...
Terima kasih korang sudi baca entry kita pada kali ini. Jangan lupe tinggalkan komen korang. 
Nanti kita Blogwalking juga ek...

Saturday, 13 July 2019

Paintball MAPS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa program korang semua hari ni. Alhamdulillah, kita dapat lagi update Blog kali ni. Bulan ni kerap pulak kami update blog ye... hehehehe...

Alang-alang dapat peluang duduk depan netbook, so kita draf kan semua entry yang boleh. Gambar pula kami edit dan masukkan sikit-sikit. Time rehat pula, edit-edit guna phone!
Rajin tak kita???

Untuk entry kali ini, kita nak share moment kita follow suami join games Paintball di MAPS Perak! Memang gempak giler... Ini 1st time MAPS Perak menjadi landasan untuk games Paintball... Kalau tidak sebelum ini suami & team banyak bermain di Penang dan Kampar je.. Kali ni hevoc sikit...




Itu die MAPS Perak... Siapa pernah masuk? Kami pun 1st time masuk area MAPS ni. Budak-budak suka tempat camni, kami maybe kureng sikit. Tapi bila lapangan Paintball ni dah wujud dalam MAPS ni, Insya Allah maybe kerap juga lah masuk... Maybe la...


Malas la nak tulis banyak-banyak. Kita nak share dengan korang moment semasa hari kejadian je. Sambil-sambil save memori ni dalam blog, sambil-sambil share dengan korang semua... Jom terjah!!!!


















Ini je sempat kita ambik gambar. Panas lit lit kot... Berpeluh macam mandi jer. Tapi happening la... Seronok...! Lagipun team suami kita bukannya main untuk menang tapi main untuk dedahkan team die kepada sukan Paintball ni. Dieorang mewakili team Kelab TM. Nak wujudkan kelab Paintball dalam legasi TM. So, ini salah satu cara mereka dedahkan sukan ni sebelum betul-betul serius tubuhkan team mereka.

Kita??? Erm...masih mencari tapak untuk team sendiri...hehehhehe... acah-acah reason artis gitewww..!





Kesimpulannya inilah TEAM TM dan peserta Paintball pada hari kejadian. Ramai giler kan. Seronok sangat-sangat. Ada gak la team yang biasa kita jumpa time training dan games Paintball sebelum ni.Bertambah lagilah kawan-kawan! Alhamdulillah...
Terima kasih semua sudi baca entry kita kali ni...
Tunggu next entry kami akan datang... Banyak benda nak share dengan korang..