Sunday 20 February 2022

Cantiknya Taman D.R. Seenivasagam.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera... 

Apa pula kita nak share kali ni ye?? Alhamdulillah, bulan ni banyak sikit tempat kita singgah yang boleh kita share dalam Blog ni.
Untuk entry kali ni, kita nak share satu tempat yang nampak macam biasa je tapi sebenarnya luar biasa. Siap boleh buat salah satu lokasi untuk outdoor potret tau!

Cantik kan view tu? Ni just ambik gambar guna telefon pintar HUAWEI NOVA 3i je. Bayangkan kalau guna jurugambar profesional, bertambah-tambah drama la gambar-gambar korang!




Sebenarnya en.suami buat klinik ragbi di taman ni. So kita pun nak join sekali untuk jalan-jalan, pusing-pusing dan exercise sikit di taman tu. Siap bawak basikal lagi tau... Si bumblebee kuning tu... Hehehehehehe...

Lastly, kita pusing taman tu je sambil jalan. Pastu tengok en.suami training ragbi dengan budak-budak dia. Sempat juga la kita pusing taman jepun yang ada dalam tu. Taman dalam taman gituwwww...






Cantik kan? Kalau kita tahu wujudlah tempat ni, memang time kahwin dulu ajak suami bergambar di sini. Sweet giler...

Orang ipoh biasalah datang sini kan? Antara tempat popular untuk exercise pagi dan petang. Bawak anak-anak dan family riadah... Korang google je Taman D.R. Seenivasagam, Ipoh. Confirm terus keluar maps tu.

Semoga perkongsian kita ni memberi manfaat & memberi gambaran bahawa di Malaysia pun masih banyak tempat-tempat menarik yang belum kita teroka...

Terima kasih kepada korang semua kerana sudi SINGGAH + BACA ENTRY + LIKE + SHARE + KOMEN di blog kita ni...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen di sini...
Insya Allah sepantasnya kita Blogwalking ke Blog awk pula...
Thanks a lot!