Friday 27 September 2019

Masjid Muhammadiah Chinese Mosque

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua... 

Kita nak update lagi blog kali ni. Alhamdulillah, ada masa terluang skit sementara tunggu en.suami settle kan job emcee die...



Masjid Muhammadiah Chinese Mosque
Alamat : Regat Tasek Jaya 1, Taman Tasek Jaya, 31400 Ipoh, Perak

Kalau orang perak, khususnya orang ipoh Insya Allah biasa ke masjid ini. So bagi korang yang tak pernah ke masjid ni, jemputlah ke sana. 

Alhamdulillah, tempatnya sangat selesa! Selesa untuk kita menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya & selesa pandangan mata dan hati!




Landskap dari luar masjid. Memang cantik sangat-sangat. Memang sangat kemas dan terjaga! Rasa macam nak buat macam ni juga untuk landskap rumah.










Ini pula dari pandangan halaman masjid tapi belum masuk ke dalam masjid lagi tau. Kat sini pun dah cantik giler, bayangkan kalau dalam masjid camne...
Ini semua hasil dari ringan tulang warna AJK Masjid Muhammadiah Chinese Mosque serta penduduk setempat.








Ini lebih kurang pandangan di dalam masjid. Mulanya kita memang nak round-round sekitar masjid tapi masa tak sempat! Tambahan lagi ramai orang baru sampai untuk menunaikan solat & berehat. Macam tak sesuai pula kita nak ambil gambar bagai, risau ada yang kurang selesa.

Tapi bagi kita, masjid ini memang selesa. Kemudahan terbaik! Luas untuk menampung kehadiran muslimin & muslimat.

So, jemputlah semua ke Masjid Muhammadiah Chinese Mosque. Sambil-sambil kita menumpang beribadat, sambil-sambil kita menghulurkan sedikit sumbangan untuk kegunaan naik taraf masjid tersebut.

Okeylah, terima kasih pada kalian semua sudi singgah di Blog kita. Jangan lupe share & komen tau.
Lupa plak nak bgtau, semua gambar-gambar ni kita ambik menggunakan telefon pintar HUAWEI NOVA 3i... Nanti ada yang tanya pula, macam mana akak edit gambar bagi cantik. Akak tak edit pun, just letak watermark je...

Then, kita jupe insya Allah di entry akan datang pula...
Jom kita semarakkan suasana di masjid dengan beribadat jemaah di sana...

Friday 23 August 2019

MERDEKA SALE

Assalamualaikum... 
Salam Sejahtera... 

Rasanya belum terlambat buat kita nak share berita baik ni. Kepada penggemar HANDSOCK dan SOCK, kami ada lancarkan MERDEKA SALE bermula pada 19 Ogos 2019 hingga 31 Ogos 2019!!!!

FLAT PRICE : RM 6.20/pasang

Memang kita langsung tak sempat nak share dalam Blog sebab sebaik sahaja kita share dalam Facebook, Intagram & Whatsapp status, ramai yang grab!!!

Alhamdulillah... Kali ni lain macam sikit sambutan tu. Kawan-kawan office pun ramai yang beli...
So, korang taknak join shopping ke?

Kami share gambar-gambar listed MERDEKA SALE!!!




HANDSOCK AINISHA 3.0 - ada 3 design tau... Kalau normal price memang berbeza mengikut design tapi untuk MERDEKA SALE ni kita bagi flat price RM 6.20/pasang


Stokin Soka Alien Plain... Ini memang lagend... Kita sendiri guna stokin ni. 3 tahun dah guna sampai sekarang, still elok je... 
FLAT PRICE juga... RM 6.20/pasang


Handsock Ayna Dwitone juga RM 6.20/pasang sepanjang MERDEKA SALE berlangsung...
Kenapa dipanggil dwitone? Sebab dua-dua side boleh guna.. Jimat!!!


Stokin Kanik Original Tapak Hitam dan Stokin Kanik Tapak Hitam Alien pun tidak kurang hebatnya. Kita dah grab sepasang kali ni. Sebelum ni kita beli warna grey, kali ni kita beli warna skin pulak... Hehehehe
Juga RM 6.20/pasang..

Okey...itu sahaja design termasuk dalam MERDEKA SALE kali ini. Stock semakin susut. Harga memang kaw-kaw offer kali ni...
Kalau korang berminat untuk order, boleh direct contact kita tau...
www.wasap.my/601124274941/merdekasale

Ingat.... Last date kami terima order pada 31 OGOS 2019 sahaja... 

Sunday 18 August 2019

FLEX FISIOTERAPI di WAKAF CHE YEH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Alhamdulillah, berjumpa lagi sekali kita. Bulan ni busy sikit so tak berapa ada masa sangat nak blogwalking. Nak guna telefon pun tak boleh, just dapat update entry je.. Korang ada cara ke camne nak blogwalking guna telefon ni..?

Untuk entry kali ni, kita nak share 1 tempat di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan ni. Bukan calang-calang tempat tau.

KLINIK FISIOTERAPI PERTAMA DI WAKAF CHE YEH! 

Anda mengalami masalah seperti :-

  • Sakit belakang/slip disc
  • Sakit lutut
  • Sakit di bahagian leher
  • Sakit bahu
  • Anak-anak menghadapi masalah cerebral palsy atau growth development delay (GDD). 
  • Lemah anggota badan selepas stroke (angin ahmar) 
So, jangan biarkan masalah korang berlarutan & menjejaskan kehidupanbseharian korang!! 

Segera ke FLEX PHYSIOTHERAPY untuk mendapatkan rawatan khusus :-
  • Terapi lelaki & perempuan
  • Kelulusan ijazah Fisioterapi
  • Tempat rawatan yang selesa
  • Lengkap dengan pelbagai alatan terapi (manual dan electrotherapy). 
Jika sukar untuk walk-in ke klinik ni, mereka turut menyediakan servis fisioterapi secara terus ke rumah korang... 
So jimat tenaga dan masa korang... 


Kenapa kita bersungguh-sungguh sangat promote klinik ni kan? Actually, ini bukannya iklan berbayar tau. Tapi....

Ini gambar mak & abah kita. Al-kisahnya mak kita terjatuh masa berkebun dengan bunga-bunga dia. So time tu tak terasa la sangat sakit tu. Then, 1 hari tu mak kita nak berjalan pun susah sebab paha & betis dia sakit. Memang perit la, last-last kena bergantung kepada tongkat & orang lain juga kena papah. Memang tak boleh nak memijak sebab sakit sangat.
Alhamdulillah, kakak sulung kita dapat tahu tentang klinik ni. Maka, bermulalah episod mak kami mendapatkan rawatan di klinik ini. Kami ambik pakej 10 kali rawatan. Janji mereka selepas 10 kali rawatan ni mak kami akan beransur pulih & dapat berjalan tanpa menggunakan tongkat... Itupun dengan syarat iaitu mak kami kena disiplin dengan segala rawatan & latihan yang diberikan. Alhamdulillah, janji ditepati...
Kami happy...!!!!

Sebab itulah kami share klinik ni di sini. Insya Allah moga memberi manfaat pada korang semua juga...

FLEX FISIOTERAPI MALAYSIA
Alamat : 
PT 1572, 
JALAN WAKAF CHE YEH 11,
TAMAN IMAN JAYA, 
15150 KOTA BHARU, KELANTAN
TELEFON :
013-8606008 (KELANTAN) 
011-55054411 (TERENGGANU) 
INSTAGRAM : flex_fhysiotherapy

Okeylah, sampai sini je kita share.
Terima kasih atas kesudian korang SINGGAH + SHARE + LIKE + KOMEN di blog kita ni...

Monday 5 August 2019

PaintBall di Sungai Petani

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa program korang hujung minggu ni? Alhamdulillah, untuk minggu ni kita busy sikit dengan kerja-kerja part time suami kita sebagai emcee... Then join event kelab & sukan suami kita... Boleh di katakan tiap hujung minggu kami ada program!


Termasuklah program paintball yang semakin mendapat tempat di hati ank muda sekarang...

Entry sebelum ni kita ada update gak pasal paintball gak. Korang jangan lupa baca gak tau. Penat kita tulis entry...heheehhe... Kali ni tulis entry dalam keadaan demam! Memang ngah musim demam kan...

Event PaintBall kali ni kami join di Sungai Petani. Paintball anjuran Askar Wataniah dari Telekom Malaysia Berhad. Suami kita person in charge!!! Kita jadi PA je... Sambil-sambil kita kutip pengalaman...






Smart je nampak bila bersusun macam ni kan? Geram pula rasa nak join main..
Kami gerak dari Perak pada petang Jumaat then tidur di Kedah. Sebabnya pagi-pagi sabtu tu suami nak kena setting event dia. Nasib baik ada budget hotel. Malas nak bazir duit tidur di hotel mewah-mewah sangat sebab just 1 malam je, itu pun check in dalam 8 malam then awal-awal pagi dah check-out!

Kita share gambar-gambar semasa berlangsungnya acara tau. Tak banyak pun gambar tapi adalah juga untuk share pada korang semua.. Untuk simpanan juga dalam entry kita ni.
















Event tamat lebih kurang jam 1.30 tengahari. Habis je event, kami gerak ke IKEA pulakk... Alang-alang dah ada area sana kan. Bukan selalu pun dapat jalan-jalan dalam IKEA. Kita takdelah shopping sakan. Just jamu mata je, sambil-sambil ambik idea untuk deco rumah sendiri.



Lastly, kita payung gambar kita lengkap berpakaian peserta Paintball... Best giler!!!! Walaupun tumpang orang lain punya!



Alhamdulillah, games hari itu berlangsung dengan ceria dan saksama... Semua orang happy dapat main paintball sampai lebam-lebam! Puas hati... Semua balik dengan gembira dan penat! Kami pun happy jugak...
Terima kasih korang sudi baca entry kita pada kali ini. Jangan lupe tinggalkan komen korang. 
Nanti kita Blogwalking juga ek...

Thursday 1 August 2019

Final SHOPEE PIALA FA 2019 : Perak vs Kedah

Assalamualaikum...
Salam sejahtera semua...

Baca je tajuk entry kali ni, mesti korang dah tahu keputusannya kan? Sebenarnya akak tak leh move on lagi... Memang still rasa terbawa-bawa lagi excited semasa ke Stadium Nasional Bukit Jalil tu. Memang hevoc giler...!!! Maklumlah, sebelum ni tak pernah merasa jejak ke stadium time Final sebabnya dulu kan banyak kes huru hara lepas habis games! Kali ni alhamdulillah, rezeki bersama-sama suami dan geng-geng dia...



Buat pengetahuan korang, kami dapat tiket bukan dari ulat tiket tau. Bukan dari sponsor syarikat ataupun main orang dalam! Ini atas usaha team suami kita. Kemudian masing-masing seramai 11 orang ni sepakat cari van pula untuk ke sana. Lebih jimat!!! 
Kami gerak dari tanah bumi Perak dalam jam 12.30 tengahari. Tunggu member-menber sampai, van sampai, then terus gerak! Dalam jam 4 petang baru kami sampai di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan jayanya. 
Sepanjang perjalanan tu memang kiri kanan orang kibarkan bendera Perak dan Kedah! Makin excited la kami...hehehehe

1st time dapat lekat stiker ni kat pipi. Sebenarnya tiap kali ikut suami ke stadium, memang nak lekat stiker ni tapi selalu tak kesampaian... Kali ni, turun je dari van, jejak kaki dalam kawasan stadium, terus mintak kat suami nak stiker tampal kat pipi ni. Mulanya nak yang lekat guna air tu tapi macam kecik sangat. So kebetulan dapat logo besar ni, memang tak lepas peluang la..!!!
Stiker ni kita memang tak tanggalkan sampailah selamat jejak kaki balik rumah... Kau ado!!!!hehehehe





Ini je antara gambar yang sempat ambik. Semuanya 100% menggunakan telefon Huawei Nova 3i jer... Bukan telefon mahal pun. Tapi hasilnya memang superb! Time menunggu nak masuk ke dalam stadium tu memang penat jugak! Ramai orang, beratur lagi... Yang penting makan dulu sebelum masuk stadium!

Kami tak banyak sangat ambik gambar. Sebab keadaan panas & ramai giler penyokong yang datang. Video pun tak banyak sangat. Cuma video yang satu ni memang kita suka!!! Bayangkan, 1st time dapat pergi ke final camni, tengok ramai orang penuh stadium, sepakat ramai-ramai nyanyi lagu kebangsaan, lagu negeri & viking clap ramai-ramai... Buat kita rasa kagum sangat dengan semangat bersukan semua penyokong yang hadir pada malam tu... Nampak sangat muka kita ngah excited giler!!!


Lastly, sepertimana semua tahu.. KEDAH juara Piala FA!!!! Tahniah Kedah!!! Kami penyokong Perak sama-sama berkongsi kemeriahan sepanjang games berlangsung... Insya Allah, team Perak boleh try next time la... Kita bagi asah skill lagi..

Terima kasih Stadium Nasional Bukit Jalil...
Terima kasih Final Shopee Piala FA 2019...
Terima kasih penyokong Perak Darul Ridzuan...
Terima kasih penyokong Kedah Darul Aman...
Terima kasih suami ku...
Untuk semua memori yang terindah Julai 2019...

#pialaFA
#perak
#kedah
#stadiumbukitjalil

Psstt : boleh simpan duit untuk next final games pulak...hehehehehe