Sunday 18 August 2019

FLEX FISIOTERAPI di WAKAF CHE YEH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Alhamdulillah, berjumpa lagi sekali kita. Bulan ni busy sikit so tak berapa ada masa sangat nak blogwalking. Nak guna telefon pun tak boleh, just dapat update entry je.. Korang ada cara ke camne nak blogwalking guna telefon ni..?

Untuk entry kali ni, kita nak share 1 tempat di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan ni. Bukan calang-calang tempat tau.

KLINIK FISIOTERAPI PERTAMA DI WAKAF CHE YEH! 

Anda mengalami masalah seperti :-

  • Sakit belakang/slip disc
  • Sakit lutut
  • Sakit di bahagian leher
  • Sakit bahu
  • Anak-anak menghadapi masalah cerebral palsy atau growth development delay (GDD). 
  • Lemah anggota badan selepas stroke (angin ahmar) 
So, jangan biarkan masalah korang berlarutan & menjejaskan kehidupanbseharian korang!! 

Segera ke FLEX PHYSIOTHERAPY untuk mendapatkan rawatan khusus :-
  • Terapi lelaki & perempuan
  • Kelulusan ijazah Fisioterapi
  • Tempat rawatan yang selesa
  • Lengkap dengan pelbagai alatan terapi (manual dan electrotherapy). 
Jika sukar untuk walk-in ke klinik ni, mereka turut menyediakan servis fisioterapi secara terus ke rumah korang... 
So jimat tenaga dan masa korang... 


Kenapa kita bersungguh-sungguh sangat promote klinik ni kan? Actually, ini bukannya iklan berbayar tau. Tapi....

Ini gambar mak & abah kita. Al-kisahnya mak kita terjatuh masa berkebun dengan bunga-bunga dia. So time tu tak terasa la sangat sakit tu. Then, 1 hari tu mak kita nak berjalan pun susah sebab paha & betis dia sakit. Memang perit la, last-last kena bergantung kepada tongkat & orang lain juga kena papah. Memang tak boleh nak memijak sebab sakit sangat.
Alhamdulillah, kakak sulung kita dapat tahu tentang klinik ni. Maka, bermulalah episod mak kami mendapatkan rawatan di klinik ini. Kami ambik pakej 10 kali rawatan. Janji mereka selepas 10 kali rawatan ni mak kami akan beransur pulih & dapat berjalan tanpa menggunakan tongkat... Itupun dengan syarat iaitu mak kami kena disiplin dengan segala rawatan & latihan yang diberikan. Alhamdulillah, janji ditepati...
Kami happy...!!!!

Sebab itulah kami share klinik ni di sini. Insya Allah moga memberi manfaat pada korang semua juga...

FLEX FISIOTERAPI MALAYSIA
Alamat : 
PT 1572, 
JALAN WAKAF CHE YEH 11,
TAMAN IMAN JAYA, 
15150 KOTA BHARU, KELANTAN
TELEFON :
013-8606008 (KELANTAN) 
011-55054411 (TERENGGANU) 
INSTAGRAM : flex_fhysiotherapy

Okeylah, sampai sini je kita share.
Terima kasih atas kesudian korang SINGGAH + SHARE + LIKE + KOMEN di blog kita ni...

2 comments:

  1. bagus ada kemudahan fisioterapi ni. boleh mak ayah kita buat rawatan jika ada masalah kesihatan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sangat2... service mereka sangat2 tip top!!! memang berbaloi...

      Delete

Terima kasih sudi komen di sini...
Insya Allah sepantasnya kita Blogwalking ke Blog awk pula...
Thanks a lot!