Thursday, 4 February 2016

Sebab kena tengok Filem OLA BOLA!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Korang dah tengok filem OLA BOLA? Alhamdulillah kita dah tengok dah, husband belanja dating!! Chewahh...


Bukti kita dah tengok di panggung filem OLA BOLA!

Seronok kot tengok movie ni!! Kami bagi 9/10 bintang... Memang tidak bosan & penuh dengan emosi la. Happy ada, sedih ada, memang mengusik perasaan betul! Buatkan kita rasa semangat pada Negara tu makin membara pun ada...






Kita taknak bagi summary filem ni. Lagipun kita rasa dah banyak sangat blogger-blogger ulas filem Ola Bola ni. Cuma pada kita sendiri, secara peribadinya jomlah pakat-pakat beli tiket wayang & tengok filem Ola Bola ni. Biar korang sendiri feel apa yang kita juga rasa..!!!

Bagi kita juga, molek juga kalau team bola sepak kita sekarang ni juga di hantar masuk ke Kem macam dalam filem Ola Bola ni. Di latih seperti mana askar-askar di latih. Supaya dapat titipkan semangat perpaduan, semangat setiakawan, semangat ingin bermain & berjuang hingga tiupan yang terakhir! Sebabnya kita tengok pemain bola Malaysia sekarang terlebih kepada kejar glamor dari tugasan hakiki mereka sendiri! Sebab itulah prestasi jatuh merudum... Tapi bila kalah, coach pula yang di salahkan!!!



So, selagi still ON di panggung, apa kata korang ambil masa tengok filem ni... Memang berbaloi sangattt!!!


OLA BOLA....
GOL.....!!! GOL....!!!! GOL.....!!!!

16 comments:

  1. Waa mcm bez je ni....


    Assalam jemput join GA saya...

    https://www.biskutsemperit.my/2016/02/giveaway-cash-rm30-feb-2016-by-ahbar.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best pun...
      wlkmslm...insya Allah sy akan join

      Delete
  2. ramai yg kata filem ni best
    teringin jugak nak tengok

    ReplyDelete
  3. best sgt ke
    wah wah wahhhh
    boleh nak pi tgk..ada tiket free MBO lagi ni hehe

    ReplyDelete
  4. Best ye.. nanti nak tengok juga la..
    Tengok teasernya pun dah macam best.

    ReplyDelete
  5. Station 18? Akak orang Ipoh ke? Waaaa... ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen di sini...
Insya Allah sepantasnya kita Blogwalking ke Blog awk pula...
Thanks a lot!