Monday, 14 May 2018

Sambutan Happy MOTHER'S Day 2018

Lembut wanita kerana senyumanya....
Cekal wanita kerana beraninya....
Patuh wanita kerana kesetiaanya....
Sabar wanita kerana imannya....
Kasih wanita kerana belaiannya....
Lemah wanita kerana airmatanya.....
Ikhlas wanita kerana simpatinya......
Pendam wanita kerana cemburunya.....
Sayang wanita kerana sifat keibuannya...
Semoga wanita tetap tabah mengharungi cabaran hidup ini...disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat kehebatan seorang wanita...    .
HAPPY MOTHER'S DAY untuk semua wanita!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera... 
Rasanya kami belum terlambat lagi untuk ucapkan Happy MOTHER'S Day kepada semua wanita. Semoga wanita di dunia ini sentiasa di hormati & dilindungi... Ameeennn... 
Apa program korang sepanjang cuti panjang sempena PRU14? Alhamdulillah, tahun ni kami berpeluang sambung Mother's Day bersama-sama Emak & Ibu. Kebetulan semasa PRU14 tu kami dah ada di Bumi Kelantan, so sebelum balik ke Perak, sambut dulu in advance Mother's Day! 





Ni masa moment sambutan Mother's Day di bumi Kelantan. Kebetulan ambil bas malam so setiap detik waktu yang ada tu kami manfaat kan bersama-sama keluarga!  Bukan senang dapat berkumpul. Cuma adik bongsu perempuan & bongsu lelaki tak dapat join sebab tak dapat balik! 
Takpe, nanti kita plan balik ek... 





Ini pula masa sambutan Mother's Day di sebelah keluarga Perak. Alhamdulillah, gerak jauh sikit mendaki Tanah Tinggi Cameron. 1st day tu hujan... Insya Allah, nanti kita cerita panjang di next entry tau! 
Insya Allah, satu hari nanti kita nak plan family day + holiday bersama-sama keluarga di Kelantan. Almaklumlah, kami 8 beradik. Ada yang sudah berkeluarga. Ada yang masih belajar serta bekerja luar dari Kelantan. So ambik masa sikit untuk dapat berkumpul. Insya Allah, satu hari nanti... 

Orait... HAPPY MOTHER'S DAY kepada semua wanita... 
Terima kasih sudi baca entry kita kali ini.. 

2 comments:

Terima kasih sudi komen di sini...
Insya Allah sepantasnya kita Blogwalking ke Blog awk pula...
Thanks a lot!