Wednesday 6 January 2016

Hotel Budget : Lux Hotel Teluk Intan, Perak.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Siapa yang pernah datang ke Teluk Intan, Perak? Satu-satunya negeri di Malaysia ni yang ada Menara Condong tu... 

Welcome to Teluk Intan, Perak!

Kalau korang datang ke Teluk Intan, Perak & still blur nak cari tempat tinggal a.k.a hotel/motel/homestay, Insya Allah kita boleh membantu dengan jayanya...chewah!!!!

Kita memang kerap juga ke Teluk Intan tapi husband kita memang selalu ke Teluk Intan. Lepas ni tak tahulah kalau-kalau kami menetap ataupun beli 1 rumah kat Teluk Intan pula... Manalah tahu kan... Rezeki Allah s.w.t nak bagi. Siapa yang nak tolak rezeki?

Kita nak suggest 1 hotel budget di Teluk Intan ni. Kita memang kerap stay kat hotel budget ni sebab nya memang budget & selesa serta bersih! Dari tempat hotel ni ke Menara Condong tu kalau naik kereta tak sampai 5 minit pun. Memang dekat sangat!! Tapi kalau jalan kaki di waktu cuaca panas, memang sempat la berpeluh...hehehehehe

LUX HOTEL

Alamat :-
Wisma Tan Chiap Siah,
No 54-C, Jalan Changkat Jong,
Teluk Intan, Perak.
(Sebelah Gulam Rasul)

No. Telefon : 05-622 2345


Pandangan pintu depan Hotel Lux

Kaunter di sini ye...

Apa kelebihan di LUX HOTEL ni?
  • Check in 24 hours
  • Astro + 12 local channels
  • Free WIFI
  • Lift
  • Air-Conditioned
  • Water Heater provided
  • Price range from RM 42.40
  • All rooms have bathrooms
  • Room choice of Queen bed or Single bed
Ni direction senang nak cari LUX HOTEL

Kawasan Lobby pun kemas je..

Kemudahan lift di sediakan

Antara kemudahan yang ada.

Kita tidur kat LUX HOTEL dah 2,3 kali kalau husband ada event besar di sana. Selalunya kami ambil Queen Bedroom. Memang cukup berpuas hati kot!!! Tambahan lagi kalau tengah malam korang lapar, korang boleh je singgah kat 7eleven area situ. Gulam Rasul pun ada... Jangan risau, Teluk Intan dah semakin membangun, dah banyak sangat fasilities!
BACHELOR's ROOM


1 Single Bed

SUPER DELUXE ROOM



1 Queen Bed + Single Bed

QUEEN BEDROOM



Queen size

Korang boleh contact ataupun rujuk detail LUX HOTEL ni jika berminat hendak menetap di situ. Pengalaman kita stay di sana memang terbaik!!! Kemas, selesa & rilex!!! Antara budget hotel yang pasti menguntungkan korang... Insya Allah...
LUX HOTEL

Alamat :-
Wisma Tan Chiap Siah,
No 54-C, Jalan Changkat Jong,
Teluk Intan, Perak.
(Sebelah Gulam Rasul)

No. Telefon : 05-622 2345


Terima kasih sudi singgah & baca entry kita ni lagi... 
Insya Allah kita bertemu lagi di entry akan datang..

16 comments:

  1. wahh . selesanya .
    ain datang singgah sini & follow .
    selamat tahun baru :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. nanti datang Teluk Intan boleh try hotel ni..
      Insya Allah memang berbaloi

      Delete
  3. Harga minima 42.40 memang cukup berbaloi...

    Bebila datang teluk intan...nak singgah la sini, insyaAllah.

    Thanks Munirah share artikal nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome...sharing is caring kan...
      ni salah satu hotel budget yang ada di Teluk Intan tau..

      Delete
  4. Terima kasih sharing info yang best nie...
    Saya selalu gak gi teluk intan tapi belum pernah lagi tido hotel disitu..
    Nanti leh la cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama..
      perkara yg baik kita sama-sama share ilmu

      Delete
  5. pernah g perak kat taiping..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni boleh dating Ipoh & teluk intan pula....

      Delete
  6. Setakat ini hotel mmg terjaga kebersihan.. dekat dgn kedai makan Ghulam Rasul, ada 7e, tmpt dobi sblh hotel, keselamatan pun ok jika stay sini.. saya & keluarga stay hampir dkt 2 minggu sbb adik saya masuk wad hospital Teluk Intan. Saya juga nak syorkan makan dikafeteria hospital pun sedap & harga sangat berpatutan.

    Staff hotel ini pun sgt ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...saya kalau singgah ke teluk intan, memang Hotel Lux ni salah satu hotel saya akan check in. Memang bersih...harga pun berpatutan

      Delete
  7. Dah cuba yesterday, memang bersih. Family Deluxe room.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum...nak tanya utk 29 ogos minggu dpn ada bilik kosong tak..utk 4 org..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf...sis boleh direct contact hotel...saya pun tetamu hotel...sy tulis pengalaman sy duduk di hotel ni

      Delete

Terima kasih sudi komen di sini...
Insya Allah sepantasnya kita Blogwalking ke Blog awk pula...
Thanks a lot!