Tuesday 2 February 2016

Port Ikan Bakar Station 18

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Hari ni kita nak share lagi tempat makan best kat area Ipoh, Perak ni. Kedai ni baru je buka cawangannya di Station 18, Lahat, Perak. Sebelum ini ia di kenali dengan nama Warisan Air Tangan Ummi (WATU) yang beroperasi di Mydin Mall, Meru, Perak. Then mereke buka 1 cawangan lagi di Station 18 dan di kenali dengan nama Port Ikan Bakar Station 18 ! Di sini memang sempoi habis la. Gaya hipster sekarang dengan segala perabut recycle! 


Gambar pintu depan Port Ikan Bakar Station 18

Memang boleh tahan la ramainya customer dieorang. 1st time kita makan hari tu dengan husband, mak mertua & ayah mertua. Memang best la kot... Rugi kalau korang tak merasa singgah & makan kat sini.



Apa yang kita makan?? Ini dia..... SHELLOUT!!!!
Memang makan tak ingat dunia kot... Siap ada udang, ketam, kerang, lala & ntah apa ntah lagi ada. Sos die pun tak masin sangat, tak manis sangat, tak pedas sangat...sedang-sedang elok je... Di sediakan bersama-sama 1 mangkuk nasi & terus makan atas berlapikkan plastik besar! No pinggan-pinggan okey... 
Teringat pulak zaman-zaman orentasi sekolah dulu, makan dalam dulang ramai-ramai... Lebih kurang macam ni yang di terapkan oleh Port Ikan Bakar Station 18

Ikan Siakap 3 Rasa

Sotong Bakar







Otak-otak

Kerang Bakar

Pelbagai pilihan makanan di sediakan bagi memenuhi permintaan semua customer mereka. So, korang jangan kata biasa-biasa je tempat ni. Belum rasa, belum tahu tau...
Kami yang dah rasa ni, memang 5 bintang kami bagi!!!!!!

PORT IKAN BAKAR STATION 18
(Warisan Air Tangan Ummi)

Alamat :-
No. 10 (Ground Floor),
Medan Stesen 18/3, Station 18,
31650 Ipoh, Perak.

No. Telefon :-
016-367 6415
011-1165 1911

Facebook :-

Waktu Berurusan : 10.00 am ~ 11.00pm

Okey, sampai sini sahaja review kami tentang port makan-makan ni... Insya Allah kita jumpa lagi di entry yang lain...

8 comments:

  1. Ya Allah Sedapnya
    Ya Allah Sedapnya
    Ya Allah Sedapnya
    Ya Allah Sedapnya
    kenapa kenapa dugaan bertimpa2 ni hahaha
    nti nak terjah ipoh..lama x p ipoh..so ada sbb nak pi ipoh boleh mkn kt sini yeayyyyyyyyyyyyyyyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehheehehe...jangan lupe singgah ke sana...nnt leh review dalam Blog gak...hehehehe

      Delete
  2. in sha Allah mana tahu PC ke Perak..boleh la cuba ni..terima kasih bagitahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama...
      insya Allah antara port makan yg best di Ipoh!

      Delete
  3. dekat mana mana pon ade shell out dah sekarang..tgh femes skg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...memang dah makin berkembang dah shell out ni...
      rakyat Malaysia memang suka makan!

      Delete
  4. Sedapnyeee tp kt perak. jauhh hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah kat tempat awk pun ada tu...
      nak kena cari dl...

      Delete

Terima kasih sudi komen di sini...
Insya Allah sepantasnya kita Blogwalking ke Blog awk pula...
Thanks a lot!