Friday 1 January 2016

GOMOK Ipoh

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Kita jumpa lagi...hehehehehe... Suka benor update blog lepas tahun baru ni ek...hehehehe... Kita just cuba update somethings yang boleh buat korang pun selalu nak search blog kita. Mencari maklumat & idea.. Chewahhh!!!

Hari ni nak share dengan korang tentang tempat makan jugak. Sebenarnya tempat ni lebih kurang setahun lebih beroperasi. Kami sempat singgah masa 1st time cafe ni beroperasi. Kebetulan owner cafe ni kawan kakak & abang ipar!! Dan kami juga confident bahawa majority warga Ipoh kenal tempat ni sebab ini adalah salah satu cafe hipster yang terawal di buka.

GOMOK Ipoh
Alamat :-
No.1, Jalan Leong Sin Nam,
30100 Ipoh, Perak.

No. Tel : 05-2413619
Facebook : Gomok Ipoh
Twitter : Gomok Ipoh
Instagram : Gomok Ipoh

Dibuka setiap hari kecuali hari SELASA, jam 5.00pm ~ 11.30pm

 Ini gambar pintu depan GOMOK dengan tagline nye "sharing is caring, but i want more"

Simple & nampak old school sangat tapi susun atur dalam tu memang trending! Style cafe hipster sekarang, barang-barang lama di olah semula, kitar semula. So, benda lama nampak baru & mahal!
Menu dari dapur Gomok Ipoh juga memang sempoi habis!!! Dihidangkan dalam portion yang besar jugalah, memang berbaloi dengan harga. Yang menambahkan lagi selera makan tu apabila setiap hidangan di hidang dengan cantik dan kemas sekali. Bukan sekadar masak dan campak macam tu je! Jom kita share sikit antara menu yang ada di Gomok Ipoh 











Ini antara menu yang ada di Gomok Ipoh . Tengok gambar pun dah selera kan? Semua gambar-gambar ni kita ambik dari Facebook Gomok Ipoh , time kita pergi hari tu ntah ke mana ntah gambarnya. Sempat update 2,3 keping je dalam Instagram kita. Biasalah, memory HP kita tak besar pun...   

Anyway, sos di Gomok Ipoh ni memang terbaik! Bukan yang readymade punye sebabnya chef Gomok adalah bekas chef di salah satu hotel terkenal di Ipoh ni! So, korang dapat bayangkan tak macam mana sedapnya sos tu??? Kami bagi 5 bintang!!!  

GOMOK Ipoh
Alamat :-
No.1, Jalan Leong Sin Nam,
30100 Ipoh, Perak.

No. Tel : 05-2413619
Facebook : Gomok Ipoh
Twitter : Gomok Ipoh
Instagram : Gomok Ipoh

Dibuka setiap hari kecuali hari SELASA, jam 5.00pm ~ 11.30pm

So, jangan lupa singgah jika datang ke Ipoh, Perak. Insya Allah korang tidak akan menyesal punya. Silap-silap hari bulan korang repeat lagi datang ke Gomok Ipoh!
Orait, dah letih menaip... Nanti kita update lagi...
Thanks sebab sudi singgah di Blog kami ni...

4 comments:

  1. ohoi... nape x pernah jumpa..
    Nak kena try gak la..
    nama dia unik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe...nanti jangan lupe pergi tau...
      senang je nak cari cafe ni, tengah2 bandar je

      Delete

Terima kasih sudi komen di sini...
Insya Allah sepantasnya kita Blogwalking ke Blog awk pula...
Thanks a lot!