Tuesday 12 January 2016

Orchid Bistro di AEON Station 18

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Semakin hari kita tengok semakin meriah teman Blogger semua adakan GiveAway! Kita pun semakin seronok nak join semua giveaway yang melintas depan mata. Insya Allah kalau kami di jemput untuk sertai GiveAway tersebut, kami akan sertai dengan lapang dada...

Baru-baru ini kami husband & wife keluar jalan-jalan sambil mencari stock untuk business kami. Then bila dah penat tu so mulut & perut ni mencari somethings untuk di isi. Pusing punya pusing, kami jumpa ORCHID BISTRO di dalam arena AEON Station 18! Dekat je dengan kawasan rumah kita.

ORCHID BISTRO

Alamat :-
AEON Ipoh Station 18,
Shopping Centre,
2 Susuran Stesen 18 (Station 18),
31650 Ipoh, Perak.
(bersebelahan Food Court)
No. Telefon : 05-321 9003
Waktu Beroperasi : 10.00 pagi ~ 10.00 malam (setiap hari)

Sebenarnya dah beberapa kali kita makan di ORCHID BISTRO ni tapi hari ni baru berkesempatan nak share dengan korang semua. Apa yang boleh kami rumuskan kat sini, menu yang di hidangkan simple tapi bila makan tu memang puas lah!! Kenyang sangat... Portion yang di hidangkan pun memang banyak...

Teh O Limau & Cincau Ais
Nasi Goreng apa ntah namanya. Lebih kurang macam nasi goreng cina la... Ada lauk ayam goreng 2 ketul + keropok + telur mata

Potato Wedges

Ini yang kami order. Memang kenyang sangat sampaikan husband pun surrender. So, kita habiskan makan Potato Wedges tu. Dah la panas, sebabnya fresh-fresh di goreng... Nasi tu pula 1 set dengan air teh O limau. Husband tambah air cincau lagi 1... Dah cukup kenyang.. Best sangat-sangat!

Ni antara menu yang di sediakan. Ktai snap sikit je ni. Ada lagi sebenarnya tapi time tu kita dah lapar sangat. Makan itu lebih penting!!!





Harga yang di tawarkan memang berbaloi dengan kualiti & kuantiti hidangan. Memang kenyang sangat-sangat. Time kita sampai di depan ORCHID BISTRO , staf di sana akan melayan korang dengan penuh ramah... Tunggu barang makan sampai pun tak lama. Padahal time tu penuh semua kerusi dengan pelanggan mereka. Kita bagi 5 bintang!!!!



Semua tengah kusyuk layan makanan masing-masing! Kami time ni dah start makan dah. Sambil-sambil berbual & tangan tu dok snap gambar. Janji perut di isi dengan happy nye..

No. Telefon & cawangan ORCHID BISTRO

Kita memang cadangkan korang singgah, makan & rasa sendiri pengalaman di ORCHID BISTRO . Bagi kita setakat ni favourite menu kita ialah Nasi Goreng, Mee Kari, Potato Wedges memang sedap! Nasi Goreng mana-mana dalam menu tu memang sedap... percayalah!!!

Jom warga Ipoh, boleh singgah di ORCHID BISTRO

ORCHID BISTRO

Alamat :-
AEON Ipoh Station 18,
Shopping Centre,
2 Susuran Stesen 18 (Station 18),
31650 Ipoh, Perak.
(bersebelahan Food Court)
No. Telefon : 05-321 9003
Waktu Beroperasi : 10.00 pagi ~ 10.00 malam (setiap hari)

Terima kasih sudi singgah di Blog kita ni...
Enjoy pembacaan korang & jangan lupe FOLLOW, KOMEN & kembali singgah lagi...

4 comments:

  1. Pernah sekali je masuk aeon nie.. Tapi jenjalan je...
    X perasan pun orchid bistro nie..
    Nanti kalau gi lagi leh try lak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt boleh la try...
      mmg berbaloi harganya dengan makanannye...

      Delete
  2. tengok menu dia best-best nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang okey je menunya...
      dating Ipoh nnt boleh try

      Delete

Terima kasih sudi komen di sini...
Insya Allah sepantasnya kita Blogwalking ke Blog awk pula...
Thanks a lot!