Thursday, 8 March 2018

Selamat Hari WANITA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Hari ni kita malas nak taip banyak-banyak..
Sebab hari ni hari special untuk semua WANITA
(^_^)


Apa plan korang sempena hari special ni?
Semoga kaum Hawa akan terus success dan berjaya di dunia dan di akhirat sana... Insya Allah...




Saturday, 3 March 2018

Apa pendapat korang?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Malam ni kita nak share something sambil-sambil nak minta pandangan korang sekali. Sebenarnya kita dah banyak kali dapat statement ni. Kadang kala kita buat dekkkk je tapi bila dah kerap sangat di utarakan pada kita, so satu perasaan meluat dan menyampah muncul lak... Bosan!!!

Statement tu berbunyi lebih kurang macam ni :-

"Untunglah suami isteri bekerja. Kalau campur dua-dua gaji, confirm berlambak gaji tu. Agaknya just guna gaji suami je untuk belanja, gaji isteri sampai sekarang tak guna.. Lainkan macam kami yang hanya suami bekerja, dapat gaji pun tak cukup! Nak beli barang pun kena berkira-kira. Nak berjalan-jalan apatah lagi. Itu belum nak buat saving lagi..."

Sebelum kita share jawapan dan pendapat kita, sudilah sekiranya sahabat semua utarakan pendapat korang juga. 
Insya Allah, entry akan datang kita akan share jawapan dan pendapat kita. Dah siap taip dah, simpan dalam draf. Tunggu nak publish je...

Sunday, 25 February 2018

GiveAway : Travel Totebag by Ana Suhana

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

1st GIVEAWAY yang kami join untuk bulan FEB 2018 ni...
Teruja kot!!!!


Jom kita join ramai-ramai...
Sesiapa yang berminat nak join, terus klik je kat banner di atas ni. Memang terus direct pada penganjur kita Ana Suhana

Insya Allah, moga ada rezeki kita GiveAway kali ni...
Amin...

Saturday, 24 February 2018

Tips Cuci Botol Susu untuk Traveller...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Hari ni kami google & search then kami terpaut hati pula dengan tips cuci botol susu untuk traveller. Best jugak...
Boleh simpan dalam Blog ni dulu. Manalah tahu jika ada rezeki zuriat kami nanti, ini dah siap-siap simpan dah...

Jom kita tengok...


1. Sebaiknya jangan sampai bekas susu tu dah berkerak dan basi baru nak cuci. Paling bagus cuci sebelum timbul bau yang tak best

2. Gunakan 50% beras + 50% garam sebagai bahan untuk gantikan berus botol susu tu


3. Masukkan campuran tadi tu dan air panas ke dalam botol susu

4. Goncang je sampai dah yakin semua bekas susu tu dah terhakis semua

Ajaibnya memang sampai ke dasar botol tu cuci dan bersih! Jadi lepasni tak payah bawak berus dan sabun pencuci botol susu dah.

Very simple kan... Tak payah nak pening-pening!
Sudi-sudilah share...