Wednesday, 21 October 2020

TTC Journey : Polips

 Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...

( 06 Julai 2020 )

Kunjungan pertama kami ke Sophea Fertility selepas lama bertapa di rumah sepanjang COVID19. Kali ini kita buat TVS macam biasa untuk doktor check image yang disyaki polips dalam rahim kita. Dalam hati kita sebenarnya sudah berdebar-debar sangat dah. Harapnya dipermudahkan urusan kami pada hari itu.

Lepas TVS, Doktor Norazlin confirm kan memang image itu adalah polips. Doktor cadangkan untuk buangkan polips tersebut sebelum proses IVF dimulakan. Sebabnya kebarangkalian berjaya IVF akan menyusut jika polips tu tidak dibuang. Polips mengganggu embrio untuk menempel ke rahim. So, tanpa tangguh masa, kami bersetuju dengan cadangan doktor. Tarikh 02 Julai 2020 dipilih oleh Doktor Norazlin untuk operation di CENGILD G.I MEDICAL CENTRE (CGI), NEXUS@BANGSAR SOUTH! 

Segala surat-surat kebenaran kami tandatangan. Nurse berikan kami ubat lawas untuk dimakan pada 1 hari sebelum operation. Untuk kosongkan perut serta usus. Pada masa yang sama juga kita dinasihatkan untuk berpuasa pada hari kejadian. Kami mohon doktor untuk lakukan laparoscopic juga, untuk check keadaan tiub follopio. Harapnya tiada block atau bengkak. Harapnya tidak perlu dibuang tiub kita ni... Sedih ooo bila kenangkan nak operate nanti... Untuk kos TVS+Doctor Consultation+ubat lawas di Sophea Fertility pada hari itu adalah RM255.00. Alhamdulillah, masih dalam budget kami.

Kemudian Doktor Norazlin sediakan kami surat untuk lakukan swab test Covid19 di Cengild G.I Medical Centre (CGI), Nexus@Bangsar South. Selepas selesai di Sophea Fertility kami terus ke sana. Sepanjang perjalanan tu memang berdebar giler la. Rasa macam tak berpijak di bumi yang nyata je!!!! Proses swab test Covid19 ni tak ambik masa yang lama pun, maybe tak sampai 5 minit pun. Cuma start register hingga settle swab test tu ambik masa 30 minit la juga. Untuk makluman korang, kos register + swab test Covid19 di Cengild G.I Medical Centre (CGI) sebanyak RM392.00. Banyak kan??? Tapi jangan risau, kalau result korang -VE, duit korang dikembalikan semula kecuali kos registration tu je tak dikembalikan. Kalau result korang +VE, duit tu tidak dikembalikan. Dalam kepala kami bukan pasal duit tu je tapi benda pentingnya moga result swab test Covid19 ni NEGATIVE! Risau oooo...

Lepas settle semua perkara tu, kami berangkat pulang ke Kampar! Malas nak jalan-jalan sangat musim Covid19 ni... Mencari penyakit namanya!!!

Terima kasih korang semua sudi baca entry kita kali ni. Mohon korang semua doakan agar usaha serta doa kami untuk zuriat kami pada kali ini dipermudahkan, dipermurahkan serta dimakbulkan... Amiiiinnnnn... 

Tuesday, 14 July 2020

Our journey begin!!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dapat jumpa lagi dalam post kali ni. PKP pun dah abis, kita dalam proses PKPP pula... Semoga kita semua sentiasa berdisiplin dan memberi kerjasama kepada kerajaan bagi membasmi penularan Covid19 ni...

Untuk perkongsian bersama disamping kita memohon doa dari kalian semua pembaca Blog kita ni. Alhamdulillah, tahun ni kita dah start 1st step untuk mengambil rawatan secara serius dalam usaha mendapatkan zuriat! Alhamdulillah, tahun ni genab 10 tahun kami bergelar suami isteri. Simpanan pun ada sedikit untuk buat rawatan secara tersusun dengan nasihat doktor pakar!

Sebenarnya dah lama kami start tapi kadang-kadang terhenti separuh jalan disebabkan oleh waktu, jarak dan keadaan sekeliling. Tambahan pula kita ni kerja kena rotate, kalau partner opis tak boleh nak bertolak ansur, susahlah kan... Masing-masing ada akal masing-masing!!!

Okeylah, apa yang kami suami isteri harapkan doa yang baik-baik dari korang semua. Semoga usaha kami dipermudahkan serta dipermurahkan... Impian & harapan kami kali ini menjadi realiti sepertimana dengan pasangan yang dah berkahwin yang lain...

Next entry, insya Allah kita share kisah perjalanan rawatan yang kita ambik...

Terima kasih atas doa kalian...

Friday, 3 April 2020

BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua? Kita sudah berada pada hari ke-3 untuk 2nd PKP! Buat pengetahuan korang semua, setakat ini kes positif COVID19 sudah mencecah 3,333 kes! Tinggi tu... Penambahan 3 kematian guysss... Bukan 1 angka yang boleh dibanggakan! 
Diharap korang semua dapat memberi kerjasama dengan kerajaan dan juga Frontliner kita. Insya Allah...

Sepertimana semua tahu, tempoh hari Perdana Menteri kita sudah umumkan berkaitan dengan BANTUAN PRIHATIN NASIONAL kan? Korang yang mana dah terima BSH sebelum ni, maybe tiada apa-apa masalah. Tapi yang belum pernah terima dan LAYAK untuk menerima BPN 2020 kali ni, boleh start membuat permohonan baru pada 01 April 2020. Kita nak share sikit step untuk rujukan korang...

Langkah 1 :
Kena tahu kelayakkan anda memohon kategori mana. B40 ker? M40 ker? Bujang berusia 21 tahun dan berpendapatan RM2000 kebawah ker? Saya tak tahu status anda...
Contoh yang saya bagi ni adalah M40 yg tak pernah register ke LHDN (sebab pendapatan boleh cukai tak capai tahap perlu bayar cukai pendapatan)

Langkah 2 :
Sila layari laman web www.hasil.gov.my

Langkah 3 :
Pilih "Bantuan Prihatin Nasional" - saya bulatkan warna merah.

Langkah 4 :
Masukkan nombor Kad Pengenalan.
Selepas tu akan muncul kod "CAPTCHA" Masukkan kod captcha tersebut.
*rujuk gambar Langkah 4a

Langkah 5 :
Oleh kerana saya tidak pernah daftar ke LHDN, laman web memaparkan kenyataan "Tiada Rekod. Sila klik butang pemohonan baru"
Kemudian klik butang PERMOHONAN BARU

Langkah 6 :
Isikan data-data permohonan tersebut.
Hantar langkah 6a,6b,6b,6c dan 6d

Sila sediakan :
-Nombor IC pemohon dan ahli keluarga semua
-Nombor Akaun Bank pemohon dan pasangan
-Jumlah pendapatan kasar isi rumah
-Tarikh Kahwin

Langkah 7 :
Selepas siap hantar, Anda boleh buat pilihan untuk CETAK dan sambung seterusnya ke proses "MENDAFTAR AKAUN BAGI TUJUAN LOG MASUK"











Semoga apa yang kami share ni dapat dijadikan sedikit sebanyak rujukan kepada korang semua. Apa yang baik kita share, apa yang buruk kita mohon jauhkan...
STAY AT HOME guysss...
Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t
Amiiiinnnnn...

Wednesday, 1 April 2020

i-Lestari

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Sepertimana yang telah di maklumkan oleh Perdana Menteri Malaysia bahawa bermula pada tarikh 01 April 2020, rakyat Malaysia yang berkelayakan boleh memohon i-Lestari melalui website rasmi KWSP.
Disini kita share step by step untuk memohon i-Lestari tau...












Di harap dapat membantu korang semua memohon iLestari. Cuma kena banyak bersabar la sikit, sebabnya time-time ni semua orang pun apply benda sama. So kemungkinan slow skit laluan internet korang tu...
Bila dah dapat duit tu nanti, jimat-jimatlah. Gunakan pada perkara yang memang keperluan keluarga...
Insya Allah, semoga semuanya dipermudahkan...