Saturday, 28 March 2020

VIRUS COVID-19

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...

Apa khabar semua sahabat? Kita harap semuanya dalam keadaan sihat.
Sekarang ni Malaysia dan dunia sedang dikejutkan dengan VIRUS COVID-19
Semua orang dalam ketakutan dan kerisauan.
Sepertimana Perdana Menteri kita selalu pesan dan merayu agar kita semua STAY AT HOME..!!!

Kita pun nak pesan kat semua sahabat...
Pada ketika ini, kita buang segala kedegilan, keegoan dan sifat negative kita tu. Sama-sama kita menyahut seruan PM dan kerajaan untuk terus berada dirumah dan hanya ketua keluarga sahaja yang keluar bagi menyelesaikan perkara-perkara penting!

Guyyyssss...
PLEASE STAY AT HOME..!!!
PLEASE STAY AT HOME..!!!

Semoga VIRUS COVID-19 ni dapat kita hapuskan dari jejak ke Malaysia... Semua kembali sihat & hidup dengan gembira...
amiiiinnnnnnn...

Friday, 27 September 2019

Masjid Muhammadiah Chinese Mosque

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua... 

Kita nak update lagi blog kali ni. Alhamdulillah, ada masa terluang skit sementara tunggu en.suami settle kan job emcee die...



Masjid Muhammadiah Chinese Mosque
Alamat : Regat Tasek Jaya 1, Taman Tasek Jaya, 31400 Ipoh, Perak

Kalau orang perak, khususnya orang ipoh Insya Allah biasa ke masjid ini. So bagi korang yang tak pernah ke masjid ni, jemputlah ke sana. 

Alhamdulillah, tempatnya sangat selesa! Selesa untuk kita menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya & selesa pandangan mata dan hati!




Landskap dari luar masjid. Memang cantik sangat-sangat. Memang sangat kemas dan terjaga! Rasa macam nak buat macam ni juga untuk landskap rumah.










Ini pula dari pandangan halaman masjid tapi belum masuk ke dalam masjid lagi tau. Kat sini pun dah cantik giler, bayangkan kalau dalam masjid camne...
Ini semua hasil dari ringan tulang warna AJK Masjid Muhammadiah Chinese Mosque serta penduduk setempat.








Ini lebih kurang pandangan di dalam masjid. Mulanya kita memang nak round-round sekitar masjid tapi masa tak sempat! Tambahan lagi ramai orang baru sampai untuk menunaikan solat & berehat. Macam tak sesuai pula kita nak ambil gambar bagai, risau ada yang kurang selesa.

Tapi bagi kita, masjid ini memang selesa. Kemudahan terbaik! Luas untuk menampung kehadiran muslimin & muslimat.

So, jemputlah semua ke Masjid Muhammadiah Chinese Mosque. Sambil-sambil kita menumpang beribadat, sambil-sambil kita menghulurkan sedikit sumbangan untuk kegunaan naik taraf masjid tersebut.

Okeylah, terima kasih pada kalian semua sudi singgah di Blog kita. Jangan lupe share & komen tau.
Lupa plak nak bgtau, semua gambar-gambar ni kita ambik menggunakan telefon pintar HUAWEI NOVA 3i... Nanti ada yang tanya pula, macam mana akak edit gambar bagi cantik. Akak tak edit pun, just letak watermark je...

Then, kita jupe insya Allah di entry akan datang pula...
Jom kita semarakkan suasana di masjid dengan beribadat jemaah di sana...

Friday, 23 August 2019

MERDEKA SALE

Assalamualaikum... 
Salam Sejahtera... 

Rasanya belum terlambat buat kita nak share berita baik ni. Kepada penggemar HANDSOCK dan SOCK, kami ada lancarkan MERDEKA SALE bermula pada 19 Ogos 2019 hingga 31 Ogos 2019!!!!

FLAT PRICE : RM 6.20/pasang

Memang kita langsung tak sempat nak share dalam Blog sebab sebaik sahaja kita share dalam Facebook, Intagram & Whatsapp status, ramai yang grab!!!

Alhamdulillah... Kali ni lain macam sikit sambutan tu. Kawan-kawan office pun ramai yang beli...
So, korang taknak join shopping ke?

Kami share gambar-gambar listed MERDEKA SALE!!!




HANDSOCK AINISHA 3.0 - ada 3 design tau... Kalau normal price memang berbeza mengikut design tapi untuk MERDEKA SALE ni kita bagi flat price RM 6.20/pasang


Stokin Soka Alien Plain... Ini memang lagend... Kita sendiri guna stokin ni. 3 tahun dah guna sampai sekarang, still elok je... 
FLAT PRICE juga... RM 6.20/pasang


Handsock Ayna Dwitone juga RM 6.20/pasang sepanjang MERDEKA SALE berlangsung...
Kenapa dipanggil dwitone? Sebab dua-dua side boleh guna.. Jimat!!!


Stokin Kanik Original Tapak Hitam dan Stokin Kanik Tapak Hitam Alien pun tidak kurang hebatnya. Kita dah grab sepasang kali ni. Sebelum ni kita beli warna grey, kali ni kita beli warna skin pulak... Hehehehe
Juga RM 6.20/pasang..

Okey...itu sahaja design termasuk dalam MERDEKA SALE kali ini. Stock semakin susut. Harga memang kaw-kaw offer kali ni...
Kalau korang berminat untuk order, boleh direct contact kita tau...
www.wasap.my/601124274941/merdekasale

Ingat.... Last date kami terima order pada 31 OGOS 2019 sahaja... 

Sunday, 18 August 2019

FLEX FISIOTERAPI di WAKAF CHE YEH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Alhamdulillah, berjumpa lagi sekali kita. Bulan ni busy sikit so tak berapa ada masa sangat nak blogwalking. Nak guna telefon pun tak boleh, just dapat update entry je.. Korang ada cara ke camne nak blogwalking guna telefon ni..?

Untuk entry kali ni, kita nak share 1 tempat di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan ni. Bukan calang-calang tempat tau.

KLINIK FISIOTERAPI PERTAMA DI WAKAF CHE YEH! 

Anda mengalami masalah seperti :-

  • Sakit belakang/slip disc
  • Sakit lutut
  • Sakit di bahagian leher
  • Sakit bahu
  • Anak-anak menghadapi masalah cerebral palsy atau growth development delay (GDD). 
  • Lemah anggota badan selepas stroke (angin ahmar) 
So, jangan biarkan masalah korang berlarutan & menjejaskan kehidupanbseharian korang!! 

Segera ke FLEX PHYSIOTHERAPY untuk mendapatkan rawatan khusus :-
  • Terapi lelaki & perempuan
  • Kelulusan ijazah Fisioterapi
  • Tempat rawatan yang selesa
  • Lengkap dengan pelbagai alatan terapi (manual dan electrotherapy). 
Jika sukar untuk walk-in ke klinik ni, mereka turut menyediakan servis fisioterapi secara terus ke rumah korang... 
So jimat tenaga dan masa korang... 


Kenapa kita bersungguh-sungguh sangat promote klinik ni kan? Actually, ini bukannya iklan berbayar tau. Tapi....

Ini gambar mak & abah kita. Al-kisahnya mak kita terjatuh masa berkebun dengan bunga-bunga dia. So time tu tak terasa la sangat sakit tu. Then, 1 hari tu mak kita nak berjalan pun susah sebab paha & betis dia sakit. Memang perit la, last-last kena bergantung kepada tongkat & orang lain juga kena papah. Memang tak boleh nak memijak sebab sakit sangat.
Alhamdulillah, kakak sulung kita dapat tahu tentang klinik ni. Maka, bermulalah episod mak kami mendapatkan rawatan di klinik ini. Kami ambik pakej 10 kali rawatan. Janji mereka selepas 10 kali rawatan ni mak kami akan beransur pulih & dapat berjalan tanpa menggunakan tongkat... Itupun dengan syarat iaitu mak kami kena disiplin dengan segala rawatan & latihan yang diberikan. Alhamdulillah, janji ditepati...
Kami happy...!!!!

Sebab itulah kami share klinik ni di sini. Insya Allah moga memberi manfaat pada korang semua juga...

FLEX FISIOTERAPI MALAYSIA
Alamat : 
PT 1572, 
JALAN WAKAF CHE YEH 11,
TAMAN IMAN JAYA, 
15150 KOTA BHARU, KELANTAN
TELEFON :
013-8606008 (KELANTAN) 
011-55054411 (TERENGGANU) 
INSTAGRAM : flex_fhysiotherapy

Okeylah, sampai sini je kita share.
Terima kasih atas kesudian korang SINGGAH + SHARE + LIKE + KOMEN di blog kita ni...